Saturday, June 12, 2010

sohai

hidup ini penuh dengan kejutan. sukar untuk diduga apa yang akan berlaku. hari ini kau mungkin girang. menerima berita yang indah. apa yang kau impikan selama ini menjadi realiti. apa yang kau rancang semuanya menjadi. apa yang kau mahukan semuanya berlaku. apa yang kau perlukan semuanya kau dapat. kau akan rasa seperti dunia ini kau yang punya. kau gembira. rezeki datang mencurah-curah bagaikan air yang mengalir tanpa henti. kau jadi leka. kau belayar dalam kemewahan. menikmati keindahan fantasi yang berubah menjadi realiti. 



kau leka dengan apa yang kau lalui. kau lalai dengan apa yang kau miliki. hingga kau lupa akan beberapa istilah seperti  'hari esok' 'lusa' tulat' dan seterusnya. ya, hari ini kau mungkin gembira. semuanya serba menjadi utk kau. tapi pernahkah kau terfikir ape yang mungkin terjadi esok hari, hari selepas esok hari dan seterusnya? bagaimana kalau hari esok semuanya terbalik. berita indah kau terima hari ini rupa-rupanya hanyalah indah khabar dari rupa pada hari esok. palsu. impian kau hanya tinggal impian. ape yang kau rancang semuanya gagal. apa yang kau mahu tidak lagi berlaku. apa yang kau perlukan tidak lagi kau dapatkan. hilang! pahit bukan? tapi itulah realiti. 


rezeki. itulah istilahnya. ia datang tanpa dipinta dan tanpa diduga ia hilang. semuanya boleh berubah apabila bumi berputar di atas paksinya. hari ini kau mungkin seorang yang kaya-raya. kau berada dalam golongan kenamaan. kau orang yang popular mungkin. market. hidup dalam serba kemewahan. tak pernah rasa susah.  hidup kau seperti seorang bahlul yang sedang melepak di warung mamak. kau hanya perlu menjerit " anne! teh tarik satu!" .  beberapa minit kemudian teh tarik yg berbuih diatasnya siap terhidang di atas meja kau. kau tak pernah kenal erti 'payah' . padini topman lacoste psp dan bermacam lagi jenama yang ternama. kau tak perlu bermandi berpeluh bersusah untuk mendapatkannya. apa yang kau mahu pasti dapat. kau angkuh. kau bongkak. kau lupa diri. 


dalam hidup ini ada istilah keperluan dan kemahuan. hidup kau mungkin tak pernah susah utk memenuhi kedua-dua istilah tersebut. namun tidak bagi manusia lain. manusia lain tak mampu utk jenama jenama tersebut. mereka membanting tulang utk memenuhi keperluan. mereka berpeluh utk mencari sesuap nasi utk anak bini. mereka tak pernah mampu utk si kemahuan. hanya mampu utk bermimpi.


rezeki yang tadinya melimpah-ruah tiba tiba ditarik semula. pernah kau bayangkan?
dalam  sekelip mata kau bertukar status. daripada orang kenamaan kepada orang kebanyakan. takhta yang kau miliki hilang sekelip mata. kemewahan kau bertukar menjadi kepayahan.  padini topman giordano lacoste yang dulunya sering menjadi teman kau kini hilang. jika dulu kau anggun kini kau hodoh. jika dulu kau kacak kini kau seperti si ogre. market kau hilang. cuba kau bayangkan? tak mustahil ia terjadi. 


kau mungkin mual dgn apa yang aku merapu.* bagi sesiapa yang setia membaca lah kan.
apa yang aku cuba sampaikan ialah semua manusia sama. mesej aku simple bukan? walaupun wujud perbezaan status, warna kulit dan sebagainya antara kau dan aku, antara lu dan gua, namun kita semua tetap sama. kau ade dua mata aku pun ade dua mata. lu ade dua lubang hidung gua pun ade. so jangan lah kau hina orang. hormat lah orang lain walau siapa pun mereka. walaupun mereka tak sekuat lu tak sekaya lu tak sehebat lu.


bagi yang kurang bernasib baik. jangan sedih. jangan putus asa. hidup ini umpama roda. istilah yang common bukan? hari ini mungkin kita dibawah.  esok lusa siapa tahu? tiada yang statik dalam dunia ini. semuanya boleh berubah. kau hanya perlu berusaha dan terus berusaha. tuhan itu mahal adil. dia pasti memberi pada mereka yang berhak. so neverbackdown agagagagaga :D




11 comments:

Muhammad Ridwan Bin Ahmad said...

wei.ni kena sebijik kat batang hidung aku ni -.-"

. said...

adam,thumbs up!

ainathenano said...

pnjggg nye adammm
;D

Idayu Yusof said...

HAHA :))) like like. buat aku mcm nk post panjang2. dah lama tak post panjang2 mcm ni

Anas Saifuddin said...

terbaek dam.
terbaek.

sakinah said...

wo cayalah entry kau kali ni. haha good job!

Dalily Farzana said...

aku tak tau ahh knape.
tapi ayat kaw sedap dowh!
best!best!

Anonymous said...

ni lah jadiknye bila nafsu bercampur idea terlebih lebih kan kan.
haaaaa, jadiknye, post panjang berjela. hahahaha.
loooiiikkeee~


*prepare for the worst, aim for the best. this is the LIFE

adam said...

cong : aku tak tujukan kt sape sape pun. general lah

sam: ulat sagu ah sikit hahaha

nano : alah bukan selalu punn agagaga

ayu : buatlah

anas : blog kau lagi careee ah nas :)

sakinah : trimass tp biase je lah
(;

dalily : kau dpt makan ke?camne tau sedap lak nih agagaga

adam said...

andre : bukan selalu doe. agagaga aku suke quotes kau doe (:

Unknown said...

nice words...
like!
thumbs up!