Saturday, August 28, 2010

i'm not gay

Pernah tak kau rase lukisan hidup kau hodoh, suram? apabila dunia kau terasa seperti lebih banyak kepayahan daripada kesenangan, lebih banyak kegagalan daripada kejayaan, lebih banyak kepahitan daripada kemanisan. kadangkala kau mungkin mengeluh. mengeluh kerana lukisan hidup yang hodoh. tiada yang seindah warna pelangi, hanya hitam dan putih. suram dan kelam.

jangan mengalah. fikirkanlah tumbuhnya bunga selepas tanah yang gersang bila disemai benih diikuti dengan siraman air. tanah yang gersang apabila kau menyemai benih dan menyiramnya selalu maka tersenyumlah tanah yang gersang tadi dihiasi bunga bunga yang mekar. ya. mungkin ia memakan masa. namun tiada yang segera dalam hidup ini.

itulah simbolik kehidupan. tanah yang gersang umpama kepayahan yang kau sedang harungi. menyemai benih dan menyiramnya selalu umpama usaha kau mengubah kepayahan itu kepada kesenangan. tatkala tanah yang gersang berubah menjadi taman yang indah dihiasi bunga yang mekar itulah saatnya kesenangan yang kau nantikan telah tiba.

Tiada kebahagiaan tanpa pengorbanan. Setiap yang indah ada suramnya. pelangi hanya datang setelah hujan petir yang suram bukan? :)

jangan pelik kenapa aku berkata begini. saja menghurai persoalan sahabat di formspring. post ni jawapan untuk soalan kau sam agagaga

p/s : formspring den makin hari makin bersawang. kalau sudi sila la menyemak kt sane HAHAHA

No comments: