Sunday, August 8, 2010

she's out of my league

akan tiba satu masa nanti. kau dan mereka berdiri dan terpaku di tengah jalan yang bercabang tiga atau empat atau lebih. masing masing terpaku terdiam. persimpangan yang bercabang direnung tepat. terpaku kerana tak pasti jalan mana yang mahu ditempuh. terdiam memikirkan implikasi jalan bakal dipilih. namun selama mana pun kau dan mereka terdiam terpaku, kau dan mereka tetap harus membuat pilihan.

pilihan yang semestinya paling signifikan. pilihan yang bakal menentukan masa depan kau dan mereka. pilihan yang bakal menterjemahkan hala tuju kau dan mereka. pilihan yang bakal mendatangkan implikasi yang besar dalam hidup kau dan mereka. pilihan yang bakal membuatkan esok tidak sama lagi seperti semalam. kelmarin tidak sama seperti tulat. tak akan. 

dan kini kau sedang bersila atau bersimpuh mungkin, di pertengahan jalan yang kau pilih. merempuh halangan yang baru. menikmati keindahan yang baru. bertapa sesuatu yang baru. segalanya baru. mereka juga begitu.

itulah kehidupan. kau harus sentiasa membuat pilihan. baik atau buruk. tepat atau tersasar. kau yang pilih. masing masing dikurniakan akal. akal untuk kau berasional. akal untuk kau berfikir. walaupun kau dan mereka memilih cabang yang berbeza. berlari di balapan yang lain. tak bermakna identiti kau berubah. asal usul kau tetap sama. yang berubah hanyalah personaliti. personaliti yang dipengaruhi perubahan sekeliling.

apa yang cuba disampaikan amat mudah. jangan jadi bagai kacang lupakan kulit. atau kurakura biadap yang lupakan perisainya. *ok yang ni aku bedal(rekaan sendiri)

kau dan mereka punya pegangan dan adat yang tersendiri. seliku mane pun persimpangan kau pilih. sejauh mane pun kau berlari. kau tetap diri kau. aku katakan kerana sedih melihat mereka mereka yang hanyut ditelan perubahan. bukan aku nak kata aku malaikat. aku juga tak sealim imam di masjid. aku juga mungkin hanyut tapi aku masih berada di track yang tepat. aku tetap ingat pesanan mereka.


*orait tu je aku nak merepek, saje update blog

No comments: