Tuesday, September 21, 2010

have you said alhamdulillah today?

manusia, lumrahnya tak pernah rasa puas. tak pernah rasa cukup. walaupun banyak mana telah dinikmati, tinggi mana telah dikecapi, mereka masih rasa ada yang kosong. ada sesuatu yang masih tidak cukup dalam hidup. mereka terus menerus mengejar itu dan ini. hingga terlupa erti perkataan "bersyukur" apatah lagi "alhamdulillah".

faktor tak pernah merasai kepayahan, merempuh kepedihan mungkin jawapannya. mana tidaknya, bila kau celik saja dari mimpi, sarapan yang seperti jamuan hari raya telah terhidang di atas meja. kau tak perlu bersusah menghidupkan api dapur, berpeluh menyediakan makanan sendiri. kau hanya perlu mengangkat punggung ke dapur untuk melahap. dan ada kes yang lebih hebat dimana bibik kau siap menghantar makanan ke bilik kau. sangat bertuah bukan?

pernahkah kau terfikir, ada golongan manusia yang bukan sahaja susah untuk mencari sarapan bahkan untuk sesuap nasi dan secubit roti pun sukar untuk ditemui. hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kau pula tak perlu berkais. segalanya telah terhidang. dan untuk itu, telah berapa kali kah dalam hidup kau ucapkan alhamdulillah? bila?semalam? kelmarin? minggu yang sudah?

dalam hidup ini ada 2 istilah. kemahuan dan keperluan. biar aku jelaskan. keperluan merupakan sesuatu elemen yang penting untuk kau menjalani kehidupan, manakala kemahuan  pula ialah elemen berasaskan tuntutan hawa nafsu. contoh yang mudah ialah sesuap nasi untuk kau kekal bertenaga beribadat dan berkerja itu adalah keperluan manakala makanan fastfood seperti mcd misalnya adalah kemahuan. contoh mudah yang lain ialah selipar jepun. selipar merupakan keperluan untuk membolehkan kau berjalan menjalani tugasan seharian tanpa rasa pedih dikaki. manakala selipar atau pun kasut yang berjenama pula ialah kemahuan.

segala kemahuan engkau sangat mudah untuk dikecapi. kau hanya perlu meminta.tak perlu berpeluh pun. setakat wang note rm50 beberapa keping itu mudah sahaja untuk kau dapatkan. jenama jenama yang branded itu hanyalah seperti mainan anak patung bagi kau.

pernahkah kau tekfikir, ada golongan yang terpaksa bermandi peluh siang malam, menbanting tulang dari terbit matahari hingga terbenam mentari semata-mata untuk memenuhi tuntuan keperluan. apatah lagi untuk si kemahuan. tak mampu! kau tak perlu bermandi peluh. membanting tulang empat kerat seperti mereka ini.

*situasi lain

bagi yang menempuh kepayahan. kadang kadang kau mengeluh. mengeluh kerana kekurangan itu dan ini. bersyukurlah wahai teman. ada hikmah disebalik kekurangan kita. tuhan itu maha adil lagi bijaksana. dia tahu apa yang kita tidak ketahui. ilmu kita hanyalah ibarat sebuih daripada 7 lautan yang terbentang luas di bumi ini jika nak dibandingkan dengan ilmu-NYA.

mungkin kau mengeluh kerana sering dihimpit masalah kewangan. namun pernahkah kau terfikir jika kau merupakan si kaya raya kau akan terjerumus ke lembah yang hina. kau menjadi kaki judi. kaki corrupt. kaki songlap harta orang. kaki tindas.kaki rasuah. siapa tahu? lebih baik kalau hidup kau tak sesenang mereka. paling tidak kau bebas daripada dosa dosa besar yang itu. lebih baik bukan?pernah terlintas di fikiran?

ada juga yang mengeluh kerana paras rupa. tak perlu laa kau mengeluh dengan kekurangan itu. mungkin lebih baik kau tak kacak atau pun cantik seperti model. siapa tahu jika kau si kacak atau pun si cantik, kau akan terjerumus ke dalam lembah maksiat. kau dikelililngi oleh wanita yang tidak serik menggoda kerana obsesnya mereka terhadap paras rupamu. bagi si cantik pula, siapa tahu kalau dengan kecantikan itu, kau bisa hilang kehormatan diri. dirogol. pernah terfikir?

aku berkata sebegini ada sebabnya. contohnya pagi tadi. sewaktu aku hendak ke kedai. aku terlihat kelibat seorang pengemis yang tak berkaki. terduduk di tepi kaki lima meminta simpati manusia yang lalu lalang. malangnya, manusia manusia itu buta hati. tidak kisah la jika kau tidak mahu menderma, tapi janganlah mengherdik golongan sebegitu. pedih hati aku melihat si pengemis itu diperlakukan sedemikan rupa. bukannya dia pinta jadi begitu. adakah wujud manusia di alam ini yang mahu tiada kaki tiada tangan untuk hidup?adakah?!!


kerana itu lah aku tak pernah kisah sangat dengan kekurangan diri aku. walaupun kulit aku gelap namun aku masih sihat, mampu menjalani kehidupan seharian dengan bahagianya. walaupun aku kurus aku masih lagi punya tangan dan kaki untuk menikmati kehidupan. 

oleh itu,bila kau sedang mengeluh tentang jalan hidup kau, fikir kembali tentang si pengemis itu. jika kau rasa hidup kau susah, ada yang lebih susah. jika kau rasa hidup kau memedihkan, ada yang lebih merasai pedihnya di luar sana. dan bagi si raja dan permaisuri yang bersenang-lenang, janganlah diherdik atau didiskriminasi golongan yang serba kekurangan. bersyukurlah dan merendah diri lah anda. hidup ini umpama roda. suatu istilah yang sangat common. hari ini kau mungkin senang, esok siapa tahu. mungkin hari ini kau si raja, esok siapa tahu kau pula menjadi kuli.  hormatilah orang lain.

2 comments:

AthirahSkinny said...

TERBAIK!

Ain Syuhaida said...

Wahhh adamm. Duduk nottingham banyak ilham >.<"