Wednesday, February 15, 2012

i'm still waiting for the day that checking my result will make my parent's day

okay. result dah keluar. aku fail 3 subjek. tak perlu la aku olah kenapa aku fail.

kata orang mudah, kalau result teruk, maknanya confirm la kau tak belajar, main-main.

tapi kalau kau dah belajar. bertungkus-lumus macam mana pun. tak berjaya juga. siapa perlu kau salah kan ? tiada siapa. diri sendiri je yg perlu ditampar.

kadang- kadang aku terfikir, kau pergi kelas, kau belajar, kau try jadi nerd. kenapa perlu kau buat semua itu ? untuk apa kau belajar ? untuk apa kau berjalan , mendengar, menulis, menghafal, dan memerah otak ?

untuk Allah sebenarnya. kenapa ? kerana kita tercipta untuk menjadi hambanya yg sentiasa perlu mencari keredhaanNya.

adakah kita belajar kerana Dia ? atau kita belajar semata-mata untuk markah ? atau untuk mengimpress org lain ?

kalau kau belajar untuk markah. kau akan terseksa bila lihat kau fail. kalau kau belajar untuk mengimpress org lain, kau akan rasa kecewa.

tapi kalau niat kau siang-malam memerah otak untuk Dia. fail macam mana pun, kau rasa tenang. mungkin ini ujianNya untuk kau. siapa la kita ni nak mempersoalkan takdir tuhan. siapa la sangat kita ni sampai tak boleh untuk diuji kan.

tipu la kalau tak sedih. tak kecewa. manusia mana tak sedih kalau tak dapat apa yang dihajatkan.lumrah manusia berasa sedih kalau yg dihajat tak tercapai tapi buat apa kau nak terus hidup dalam kesedihan. life must go on.

kau jatuh, kau kena bangun sendiri. kau tertinggal, kau kene berlari sendiri.
sendiri. tiada siapa pun nak tolong.

selamat pagi

1 comment:

ieqa21 said...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) =D

Setiap yang berlaku ada hikmahNya =)

Who knows our future better than HIM?;-)