Sunday, April 29, 2012

Why would you spend so much time on hate, when love just costs less, whether you like it or not, we're brothers, we're from Adam and Eves.

sedih melihat negara kita hari ni. orang-orang kita bergaduh sesama sendiri. 

ada yg ke sana niatnya tulus. ada yg ke sana  niatnya tersasar. 

kisah yg di sana macam-macam. yg baik ada yg ganas pun ada. daripada yang positif seperti rakyat memberi bunga kpd polis hinggalah kepada negatif seperti si pukul dgn mangsanya.
mereka yang di sini pula. hanya duduk menghadap laptop. tapi gaya mengalahkan hakim dan saksi di tempat kejadian.

macam-macam spekulasi wujud. macam macam pendapat keluar. yang kanan kata begitu, yang kiri kata begini. 

manusia. "memang pakar dalam hal mengadili" . 

cacian. makian. carutan. tak perlu la dihurai. berjela-jela. berkata-kata sangat handal.

manusia. "memang handal dan lebih suka mengkritik daripada membantu memperbaiki suasana"

macam-macam reaksi wujud. ada yang sokong, ada yang bantah, ada yang tak nak ambil tahu.

yang malas nak ambil tahu, rajinkanlah diri ambil tahu, anda ada tanggungjawab untuk agama dan negara.

siapa yang betul, siapa yang salah, wallahuAlam. masing-masing punya akal yang Tuhan kurniakan. nilailah sendiri tanpa perlu bias. gunakanlah semua sumber baik kanan mahu pun kiri.





"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

No comments: