Wednesday, April 2, 2014

"what is done in love is well done" - vincent van gogh

cuba bayangkan apabila si doktor merawat pesakit sepenuh hati tanpa menghiraukan ofis hournya yang sudah tamat atau tak mengira kemampuan si pesakit menampung kos treatmentnya. berapa banyak nyawa mampu diselamatkan agaknya? nyawa yang penting bagi si kecil yang belum mampu berdiri dengan kaki sendiri mungkin? atau nyawa si anak yang merupakan tempat bergantung si ibu yang tak terlarat kudratnya untuk menyuap nasi ke mulut sendiri mungkin?

cuba bayangkan pekerja mcd menyambut pelanggan yang kusut fikirannya berkecamuk hatinya dengan senyuman penuh girang keikhlasan bersama nada suara yang tersenyum. mungkin semangat si pelanggan yang mulanya layu berubah sehingga produktivitinya sangat mengagumkan bosnya hari itu. and of coz secara tidak langsung menyejukkan hati bos yang stress seterusnya suasana di ofis mereka menjadi ceria sehingga lah matahari nak terjunam hari itu. mungkin?

cuba bayangkan si ayah secara tiba-tiba meluangkan masa dengan berkualiti dibaluti kasih sayang bersama si anak yang acah acah independent walhal dalam dirinya sunyi sepi dahagakan kasih seorang ayah. mungkin kesunyian si anak yang nyaris menyebabkan dia terjebak dengan kasih seorang rakan yang bersulamkan dadah dapat ditebas? atau mungkin si anak yang mengalami sindrom sering-dibuli-kerana-kekurangangnya-namun-takut-dicop-anak-manja-atau-si-cengeng-kalau-report-si-pembuli-kepada-cikgu di sekolah akan rasa there's more to life to be looking forward each day like my dad or there's people who love me so i'll never give up on life.

cuba bayangkan si cikgu mengajar anak didiknya dengan penuh semangat dan keikhlasan. berapa ramaikan si buta huruf bertukar menjadi si celik IT? berapa ramaikah si nakal akan menjadi manusia berguna kepada dunia sejagat? berapa ramaikah jiwa yang merasakan dirinya hanya layak menjadi prebet biasa atau kuli-kuli bertukar menjadi jiwa yang bercita-cita tinggi?

cuba bayangkan si artis mengilhamkan artsnya dengan penuh minat bertemakan kesedaran seperti everybody is special in their own ways, be kind always, let's promote love not hate & be bold you have what it takes to pursue your dreams daripada tema sex drugs party yang bersepah sekarang. berapa ramai anak muda yang kosong jiwanya akan terisi? berapa ramai si judgemental dapat dipudarkan? berapa ramai si racist dapat dilenturkan? berapa ramai jiwa benci-itu-benci-ini akan berubah?

senario di atas hanyalah pemikiran sekiranya setiap insan playing their role passionately in life. how beautiful the world would be then?

No comments: