Sunday, December 14, 2008

knowledge

Artikel kt bwh nih aq copy&paste dr blog member aq jer.haha.pape hal tnye lah member aq yer.ok?







Apa saja yang dilabel, Indie mahupun Independent. Hakikat yang perlu dinyatakan disini ialah..Sejauh manakah anda tahu mengenai Indie @ Independent?
Sejauh manakah anda mengerti konsep Indie @ Independent?
Indie lebih kepada pengertian 'fenomena baru'. Ianya bukan genre muzik mahupun irama muzik. Indie dicetuskan pertama kali di Great Britain sebagai sub-alternatif mempopularkan irama Brit-pop disamping untuk mengimbangi aliran muzik American-Rock yang menguasai pasaran muzik dunia.
Independent di dalam konteks ini lebih bermaksud 'berdikari'. Independent juga bukan genre muzik tetapi Independent ditegaskan sebagai pelaksanaan atau boleh dikatakan prinsip di dalam sesuatu kerja dan kehidupan.Jadi apakah kaitan antara Indie dan Independent? Walhal, maksudnya lain?Ringkasnya, kita harus tahu akan sejarah cetusan Indie dahulu dan kaitannya dengan Independent dahulu. Maka, perlu anda merujuk akan sejarah dan fakta.
Sebenarnya, Indie boleh dikatakan sebagai matlamat, manakala Independent adalah cara atau pelaksanaan matlamat.In english, Indie means your vision, Independent means your method to achieve your vision. Jika tiada Independent, maka tiada Indie. Jika mahu Indie, maka perlukan juga Independent.

Masalah 1: Band Indie.
1. Kalau mereka mengeluarkan album dengan bernaung dengan syarikat rakaman mainstream. Adakah mereka layak digelar band Indie? Tidak..
2. Jika mereka hanya menyertai showcase yang dianjurkan oleh pihak media Mainstream dan menolak untuk menyertai gig ataupun event yang dianjurkan organizer Indie. Adakah mereka layak digelar band Indie? Tidak..Sinonimnya, sesebuah band Indie perlu berdikari untuk memajukan band mereka. Namun, jika dihayati konsep ini.. Indie tak ubah seperti dalam satu kalangan rumpun yang mengajar antara kita membantu menaikkan sesama pihak. Membantu untuk sesama kita tak kira dari band, organizer, clothing dan sebagainya dapat mengecapi kejayaan yang dapat menguntungkan bangsa mahupun negara.Perhatikan ini, selepas berdekad Indie di Great Britain. Berapa banyakkah band Indie yang menjadi jutawan ataupun mengecap kejayaan? Jawapannya, tak terkira. Sebut secara rawak, The Subways, The Smiths, The Stone Roses, The Dykeenies, Silversun Pickups, Tokyo Police Club, The Jesus and Mary Chain, The Sounds, Arctic Monkeys, Death Cab, Zolof The Rock And Roll Destroyer, The Strokes, Hot Hot Heat, Yeah yeah yeah, Kasabian, The Kooks, The Zutons, The Kinks, The Last Shadow Puppets, dan the and the and the..Di Malaysia, banyak band Indie tumbuh seperti cendawan. Tetapi, malangnya mereka telah lari dari konsep Indie yang sebenarnya.Contoh besar seperti band ini.http://ini">www. myspace. com/kugiranhujan">ini. Dulu, mereka memang band Indie. Ep buat sendiri, gig dan showcase yang disertai membantu organizer Independent mengembangkan arena. Tetapi kini, dah berbeza. Mungkin tentang pengeluaran album tak menjadi masalah. Tetapi, berkaitan event dan show mereka yang kini dipelopori/ditaja oleh pihak media mainstream. Mereka sudah melupakan organizer2 indie sebagai salah sebuah intipati event dan gig.Penyudahnya? Semua orang banyak pandang jelek terhadap band ini.http://ini">www. myspace. com/kugiranhujan">ini. Sama seperti penulis, dulu penulis respect dengan method dan tegasan mereka. Tapi, lama kelamaan, manusia mudah lupa bila diresap kekayaan. Penulis pun sudah malas nak ambil kesah lagi.Lagi satu, apakah rasionalnya nak buat band Indie tapi main instrument sekadar 'ala-kadar' saja? Pergilah menuntut ilmu muzik wahai band-band Indie.

Masalah 2: Clothing Indie.
1. Kalau mereka menciplak nama/design/konsep dari pihak lain sama ada dalam atau luar negara. Adakah mereka layak digelar clothing Indie? Tidak..
Adakah mereka faham akan konsep Independent tu sebagaimana? Adakah mereka faham benar mengenai seni? Adakah mereka mendapat pengajian secukupnya mengenai seni?Berdikari lah wahai clothin-clothing Indie sekalian.

Masalah 3: Community Indie
.1. Kalau mereka menubuhkan community Indie untuk bersifat berpuak-puak dengan community yang lain. Adakah mereka layak digelar community indie? Tidak.
.2. Jika mereka tidak mengambil tahu hal ehwal sekeliling mengenai fenomena Indie (kurang knowledge). Adakah mereka cukup layak menubuhkan Community Indie? Tidak.. Tidak!Sekarang ini dah terlalu berlambak community baru ditubuhkan. Operasi seperti biasa di Myspace. Sehinggakan Myspace kini dah menjadi ke arah level Mainstream. Community yang terlalu banyak ini dirisaukan akan menjadi duri dalam daging Indie kerana akan menimbulkan sikap berpuak-puak.Akan menimbulkan satu formasi 'kegayaan semata-mata'.Diingatkan bahawa, community Indie ditubuhkan apabila anda dan rakan-rakan anda mempunyai minat yang sama iaitu 'to be Independent', serta berkomitmen melakukan aktivi kebaikkan bersama buddies indie yang lain. Community Indie adalah lebih baik ditubuhkan jika anda tahu akan makna Independent yang akan menyedarkan anda rasa tanggungjawab untuk melakukan perubahan diri dan sifat membantu antara satu sama lain.Tetapi, jika anda mahu menubuhkan community Indie hanya sekadar ingin nak popular, ingin 'membetah' community yang lain. Harap anda sedar bahawa anda sudah tersilap langkah. Anda hanya menjerumuskan diri ke kancah tekanan.

Masalah 4: Photograper Indie???
1. Baru pertama kali dengar. Tak tahu kenapa ada orang melabelkan akan photographer Indie. Photographer boleh di Indiekan ke? Ini bukan masalah Indie. Tetapi, ini masalah attitude dan trend.Semua orang nak nampak cool kot?Kesimpulannya, jadilah manusia yang nyata dan bermatlamat. Tak menjadi masalah kalau anda bukan mamat/gadis Indie, takde sapa marah pun. Asalkan jangan jadi luar dari sifat normal manusia. Sekian.

2 comments:

aina syaqilah said...

pendapat yang bernas lahh babe
keep on blogging !

Fariha said...
This comment has been removed by the author.