Sunday, September 26, 2010

every cloud has it's silverlining

rezeki. sesuatu yang abstrak. boleh datang dalam pelbagai gaya, pelbagai cara dan tempoh masa. boleh hadir secara bertalu-talu secara tiba-tiba. dan boleh juga lenyap lesap dah sekelip mata.

rezeki juga boleh diumpamakan seperti situasi hamba Allah yang sedang meniti jambatan. ada kalanya jambatan yang dititi itu panjang. ada masanya jambatan yang dititi itu pendek.

ada manusia yang kemahuannya sentiasa terjadi. hidup sentiasa senang, apa yang dihajatkan sentiasa menjadi kenyataan. dalam hanya sekelip mata ia terjadi. bertuah bukan? rezeki murah bak kata orang. ucapkanlah alhamdullilah jika anda tergolong dalam kelompok ini.

ada pula manusia hidupnya tidak sentiasa senang.rezeki yang diimpikan hanyalah fantasi.  bila sudah berjanggut baru lah rezeki yang dihajatkan muncul menyapa. kau mungkin akan berkata, "oh kasihan golong sebegini". bagi aku tidak. golongan sebegini juga bertuah bagi aku. mereka terpilih untuk diuji imannya. kalau kau mampu mengharungi ujian ini dengan penuh tabah, kau bertuah. kau juga bertuah kerana terhindar daripada harta yang mampu mengabui mata, menggelapkan hati dan melalaikan iman. benar bukan?

bersyukurlah bagi yang hidupnya umpama lautan kemewahan yang tiada henti. namun laut tak selalu tenang. sentiasa akan bergelora. kadang-kadang hanya ombak kecil yang memukul pantai. kadang-kadang ia menjadi tsunami yang menelan pantai. oleh itu, jangan alpa.

bersabarlah bila kau sedang meniti titian yang penuh berduri. memang benar langit tak selalu cerah, namun tak pula ia kekal mendung selama-lamanya. jangan mengeluh dengan lukisan hidup kita.

kau mungkin mengeluh bila ketentuanNYA tak seperti apa yang kau mahukan. tak semestinya apa yang kau pohon dalam sujud, apa yang kau pinta dalam tadah doa itu membahagiakan. adakalanya apa yang kau tak inginkanlah yang membahagiakan sebenarnya. bila kau sujud, bila kau menadah tangan, pintalah yang terbaik. percaya lah. aku katakan derdasarkan pengalaman. walaupun, aku masih mentah, namun pengalaman tak mengenal usia.  jangan mengeluh. segala-galanya adalah ketentuan tuhan. hanya dia yang mengetahui.

kadang-kadang hujan petir melanda.terdetik dihati kau, tertanya-tanya mane hilangnya matahari. rupa-rupanya tuhan hendak mengurniakan pelangi selepas hujan petir itu. *ayat ini aku pinjam dari mana entah haha (=

1 comment:

Unknown said...

Dah macam khutbah jumaat ni dam. HAHA