Wednesday, September 29, 2010

tagged by athirah shamsulkamal

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

SILA JANGAN GELAK

1. adam sahaja nama aku pada awalnya, munculnya shukri ada sejarahnya. waktu aku lahir dulu,waktu saat saat kelahiran aku, tali pusat aku membelit leher aku tanpa belas kasihan sampai habis biru muka aku.macam mana terjadi pun aku tak tahu. ganas sangat kot aku masa dalam perut emak sampai jadi macam tu. *gelak agagaga dengan kisah itu maka wujud lah nama adam shukri bin ebi shahrin.

2. fakta benar adalah anak ketiga daripada enam beradik tetapi fakta yang tepat lagi sahih ialah anak keempat daripada tujuh beradik. aku pernah ada abang walaupun aku tak pernah melihat wajahnya secara live. dia pergi sejurus sahaja dia muncul di dunia ini. sakit jantung berlubang kata emak. kuburnya di chicago, usa. dia lahir waktu abah dan emak berada di sana ketika zaman uni mereka.

3. manusia biasanya akan terkejut apabila bertembung dengan aku yang sedang berjalan dengan emak di mana mana sahaja. "anak u ke ni z?" soalan wajib yang akan sering terpacul dari mulut mereka. kau dan kau mesti tak paham. biar aku terangkan, maksud tersirat bagi soalan itu adalah "kenape mak aku cerah, aku pulak gelap" hahaha tu la dia.

4. aku lefthanded!

5. first impression para stranger yang bertemu dengan aku selalu ingat aku seorang yang jahat. *hiba betul

6. aku tak statik. aku sentiasa berubah. kadang kadang. ada masanya aku terlebih peramah. ada masanya aku pendiam. bergatung pada situasi.

7. aku kuat makan tapi aku tetap keding. metabolism tinggi sangat kot.

8. aku suka bace novel atau poem.

9. aku suka denga kata kata yang pendek tapi mendalam.

10. aku sangat kagum dengan orang yang pandai berkata-kata.

11. aku cair melihat gadis bertudung lilit.  -___-

12. aku tak pandai berenang.

13. aku ada banyak nama gelaran. tade lah banyak.salah tu adalah black. ada juga yang panggil macha atau cha. itu rakan sekolah aku di seremban selalu guna untuk panggil aku.  "cha futsal jom" dialog yang selalu kedengaran sewaktu petang petang di asrama aku dulu. orang paling kuat panggil aku cha adal hilmi raban. haha

14. orang kata muka aku jahat dan ganas tapi aku sebenarnya mudah tersentuh. emosi. haha *tak bole belah

15. aku obses dengan futsal dan bola sepak tapi aku juga main chess. ramai yang tek percaya aku main chess. hanya kawan kawan aku saja yang tahu.

16.  aku suka memasak walaupun tak lah handal tapi bole laa. jangan gelak.

17. aku tak memilih bab makan. aku bedal je apa yang ada. tapi aku paling suka bila mak aku masak spaghetti. (:

18. aku tak minat free hair. aku tak minat perempuan merokok.

19. orang kata aku loser sebab aku non-smoker, don't date girls, tak shisha, tak stone, tak menagih, non-clubber. tapi kalau kau nak tau, aku tak peduli pun apa kau dan lu kata, aku takde rugi sikit pun. (:

20. kalau di rumah, aku nak emak. jarang keluar malam. dan tak lebih dari pukul 12 malam. hanya untuk futsal sahaja aku bole keluar lebih dari pukul 12 malam.

21. aku pernah jatuh cinta tapi tak pernah couple. yes aku berjaya single sampai sekarang haha

22. lidah aku beku, otak aku jam bile aku berdepan dengan wanita idaman aku * gelak besar

23. aku suke grunge musik tapi aku layan semua lagu yang sedap didengar oleh telinga aku.

24. satu hari nanti aku nak bina rumah yang menjadi istana untuk keluarga aku. lokasinya berhampiran dengan pantai. itu wajib. terdapat halaman yang luas. itu semestinya. ada swimming fool untuk aku belajar berenang. rumah itu mestilah boleh didiami oleh emak dan abah dan bakal keluarga aku nanti. kalau boleh biar rumah tu penuh dengan kaum kerabat aku hahaha

25. sebenarnya aku masih tiada cita cita lagi. sekarang aku tengah belajar engineering. tapi aku tak pasti nak ke mana. aku hanya mengikut flow buat masa sekarang. setiap hari ketika sujud aku sentiasa memohon petunjuk. satu hari nanti aku tahu laa kot

No comments: