Wednesday, September 8, 2010

syawal dan ramadhan

dulu,
masa kecil-kecil aku selalu ajak abah pergi bazar, kalau abah tak mahu aku paksa jugak sampai abah mengalah. aku memang nakal masa kecil-kecil *tersenyum
tapi
sekarang,
usia yang baru 18, aku seakan-akan dah tiada nafsu nak ke bazar. entah lah. aku rase macam buat apa?perlu ke?haih

dulu,
bila jejak je kaki ke bazar, aku mula rambang mata, nafsu gelojoh bermaharajalela. kadang-kadang aku tak puasa pun  (time kanak-kanak ribena ok), tapi lagak gaya mengalahkan si anak kecil yang penat berpuasa sepanjang hari. kalau boleh semua lauk aku nak abah beli.
tapi
sekarang,
usia yang baru 18, bila aku pergi bazar, aku seolah olah macam dah tiada nafsu, tak tahu apa yang nak dibeli. ayam percik yang dulunya menjadi kegemaran kini aku pandang sepi saja. terdetik dihati "alah, ayam percik je kot". serius. aku macam dah hilang hawa nafsu sekarang. akhirnya aku pulang dengan tangan yang kosong.

dulu,
masa aku kecil-kecil, bila waktu di jam dinding rumah aku sudah mendekati pukul 6 petang. aku mula tak senang duduk. berulang kali aku menjenguk emak di dapur. "mak masak apa?" "lauk dah siap ke belum?" "air dah buat?" antara dialog yang sering terpacul dari mulut si adam yang nakal.
tapi,
sekarang,
usia yang baru 18, waktu pukul enam pun aku tak sedar. aku sibuk berfutsal la, pingpong la dan apa apa aja aktiviti. aku tak terfikir pun apa yang nak dimakan untuk berbuka. ye lah, sekarang dah tak macam dulu-dulu, kalau dulu setiap hari berbuka dengan keluarga, tapi sekarang berbuka dengan kawan di kolej. tapi dialog dialog tu masih lagi aku guna. bezanya aku tak katakannya depan depan la dengan mak. cuma melalui phonecall *tersenyum

dulu,
masa aku kecil, bila waktu berbuka, gelas aku lah yang paling besar. yang paling penuh. lagi lagi kalau hari itu mak aku buat air sirap bandung soda. perghh. nikmatnyaaa! tapi pinggan sama saiz lah. cuma penuh lah dengan lauk-pauk yang mak aku masak. kalau ada sphagetti, aku dah reservedkan awal awal dah satu pinggan penuh sphagetti masakan puan zakiah. lepas aja mencekik nasi aku terus sumbat pula dengan sphagetti . akhirnya liat nak solat maghrib*gelak tiba-tiba
tapi
sekarang,
dengan usia yang 18, aku macam dah tak ambil hirau sangat dengan lauk berbuka. lepas aja selesai berfutsal atau apa-apa saja, aku pulang ke bilik di kolej ni dan meneguk air plain water dan sebiji dua kurma aku kunyah. kemudian mandi dan terus solat maghrib. berbuka dengan kurma dulu pun dah cukup bagi aku waktu sekarang. lepas solat baru aku pergi ke SA (kafe kolej aku) cari lauk untuk dimakan. aku macam dah tiada nafsu je. kadang-kadang aja aku beli lauk sebelum berfutsal dan berbuka di bilik taufiq bila tiba waktu maghrib*pelik-pelik

dulu,
waktu aku kecil, baru 2 minggu berpuasa aku dah sibuk ajak abah ke sini ke sana untuk shopping baju melayu, baju raya, seluar raya, kasut raya dan macam-macam la lagi. baju melayu aku dulu-dulu siap tempah lagi kot. kesian abah. duit mencurah bagaikan air aja.
tapi
sekarang,
bila usia aku baru 18. tak tua mana pun, tapi nafsu bershopping aku macam dah tiada. sampaikan abah yang paksa suruh aku pergi beli baju raya. duit yang abah bagi aku tak habiskan pun. sekadar beli sehelai dua tshirt yang ada 50% sale dan sehelai seluar yang 80% ada sale punya. baju melayu pula, beli yang sudah siap je dah cukup. tak kesah la muat ke labuh ke apa. pakai raya pertama je kot. serius aku cakap aku makin lama maki n tiada nafsu*haih

itu semua antara senario ramadhan aku dulu dan sekarang. rasa geli hati bila ingat balik aku yang dulu-dulu. rasa macam kesian dekat abah pun ada. rasa macam nak pukul aku yang dulu-dulu pun ada. tapi tu semua dulu. dah jadi kenangan pun. itulah yang aku katakan esok takkan sama seperti semalam. kau akan sentiasa berubah. mungkin tak banyak, mungking banyak. tapi kau tetap akan berubah.

banyak lagi dulu dan sekarangnya aku. tapi aku malas lah naik. tiap biar aku sorang je la yang tahu. nanti kalau aku cerita semua benda, jadi macam riak pulak. nanti ada yang mengata. aku tak kesah pun ade yang nak mengata ke apa. aku tak rugi apa apa pun lah. mulut manusia kita tak boleh tutup. pekakkan telinga aja sudah (:
sekarang dah pun diakhir ramadhan yang ke-18 bagi aku. esok aku akan ke kelantan. menyambut hari raya di kampung emak. orang lain semua dah angkat kaki dan beg masing-masing. harini  aku berbuka sorang-sorang.

walaupun masih awal tapi tak salah kalau aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kan? (: aku mintak maap laa kepada sesiapa sahaja yang aku ada buat salah dan silap.

2 comments:

. said...

adam,writer in the making

Idayu Yusof said...

haha nanti buat pulak masa kau kawen adam.
dulu masa 18 tahun ptg2 asek sebok main futsal.
sekarang aku dah takde masa nak main,balik kerja pukul 6,sampai rumah anak menjerit melalak.

hahaha :D