Wednesday, October 20, 2010

dia wanitaku (=

------------------------------------------------------
manusia,
masing-masing ada cerita,
yang bahagia,
yang derita,

manusia,
biasanya yang bahagianya,
adalah si bunga atau kumbangnya, 
kala sedang berbunga-bunga,
pada mata mereka itulah segalanya,
mata hati buta,
lupa pada yang berjasa.

manusia,
bila bahagia menjadi derita,
bila bunga-bunga berkecai jadi kaca,
saat itu mata hati barulah celik dari buta,
barulah si berjasa itu muncul di minda.

manusia,
lumrahnya bila senang sering alpa,
si berjasa dibiar saja,
kadang-kadang kasarnya kata,
kadang-kadang lakunya keras. 

manusia,
yang bernama si berjasa,
tak pernah alpa,
menadah tangan untuk bahagia,
teruna dan daranya,
kerana kasihnya tiada batasnya.

manusia,
sedarlah kita,bukalah mata,
tanpa mereka,si berjasa,
siapalah kita.

------------------------------------------------------

siapakah si berjasa itu?jawapannya ibu bapa mu.

1 comment:

Party DIY said...

Adaaaaam :) I like this one, SANGAT SANGAT ! Cheeers for the knights ! HAHA,