Tuesday, October 12, 2010

A + B + C

setiap manusia mempunyai sepasang mata sendiri. karakteristik atau definisi sesuatu itu,bergantung kepada anak mata yang memandang, bagi si A si B itu cantik, bagi si C pula si D lebih cantik.kerana itu cantik itu subjektifjika definisi kecantikan itu hanya terikat pada paras rupa yang cerah berseri kulit halus gebu,maka ramai lah andartu akan lahir.betapa hebatnya kuasa tuhan, dijadikanNya setiap pasang anak mata itu berbeza penglihatannya.

setiap manusia punya akal sendiri. daya pemikiran juga berbeza.kerana itu wujudnya pelbagai pandangan dan pendapat. kau mungkin kata A itu lebih baik. manakala yang lain akan berkata B itu lebih bagus. kerana itu manusia akhirnya akan berpisah ke cabang masing masing. ada yang menjadi jurutera, doktor, guru dan sebagainya. dengan itu kehidupan di muka bumi ini mempuyai sistem. wujudnya rantai kehidupan.setiap manusia saling bergantungan. jurutera memerlukan doktor ketika sakit. doktor memerlukan jurutera untuk membina bangunan hospital. guru pula ditagih khidmatnya untuk mendidik anak anak bangsa. betapa indah dan sistematik aturan tuhan.

setiap manusia ada hati. kerana itu wujudnya cita rasa yang berbeza. A mungkin suka buat itu yang dibenci oleh B. B pula meminati apa yang tak disukai oleh A. dengan itu wujudnya variasi hobi.

namun kenapa tuhan ciptakan mata, telinga, tangan , kaki dan lubang hidung itu berpasangan tetapi hati hanya satu bagi setiap insan?kerana pasangan hati itu adalah tugas setiap insan untuk mencarinya supaya hidup menjadi sempurna. dengan itu wujudlah situasi A terpaut pada B. C terpaut pada D.

tuhan itu maha bijaksana (=

No comments: