Friday, November 5, 2010

first impressions always wrong

kali ini aku malas nak berkarya bagai yang kononnya puitis lah. pada hal hampeh. apa pun tak bole lah. agak lama aku tinggalkan dunia ni. banyak perkara berlaku tapi tak perlu lah aku bukukan di sini. tiada siapa pun yang mahu peduli. tempat yang serba hitam ini adalah tempat di mana fantasi aku berimaginasi. bila kata fantasi, yang muncul pastinya yang menceriakan hati. bukan? *sudah.cukup merapu.


aku cuma nak taip pasal satu perkara. yang aku sering aku lalui dan hadapi sendiri. manusia memang suka nilai orang dengan hanya sekilas pandang. itu lumrah. setiap mata menganggap apa di yang di luar begitu lah yang terdapat di dalamnya.

acap kali bila kaki ini bertapak di tempat baru di mana suasananya baru. aku akan hadapi satu kesukaran berkomunikasi dengan orang orang baru terutamanya perempuan. mereka memang susah nak tegur aku. takot mungkin. aku mula perasan bila aku melangkah ke alam sekolah asrama. semua kawan kawan ku di sana kata aku macam samseng. sebab apa? sebab muka aku. tambah pula aku memang jenis jarang senyum dengan stranger.

dan bila aku dah mula rapat dengan si stranger stranger itu. bila aku tanya apa first impression mereka terhadap aku? semuanya rata-rata responsnya yang hampir sama.

kau ni scary lah.
aku ingat kau budak jahat. 
aku ingat kau ni samseng. 
serius gua ingat lu perokok tegar. dll

------------------------------------------------------
kalau mamat itu bertatoo, terus dilabel hantu.
kalau muka mamat tu bengis, terus dicop gangster.
kalau mamat tu dressupnya macam samseng, terus dilabel kaper laknat tu.
------------------------------------------------------

mulut manusia. memang tak bole ditutup. fikiran mereka memang tak boleh dicontrol. respons aku terhadap situasi ini? buat tak tahu sudah lah.  bahasa pasarnya tak payah amek port.

------------------------------------------------------
mata memang kuat menipu,
fikiran pula memang mudah tertipu,
hati pula si raja penipu.
------------------------------------------------------


lihat gambar di atas. think.  badan bertatoo tak semestinya hantu. dressup sebegitu tak semestinya dajjal. rambut panjang tak semestinya ...sambung sendiri

true heart of a person is not seen outside.


3 comments:

shinchan BEBEL said...

paling sukaaaaa yang ini ! :)

ady said...

btol..btol adam..peduli je pe org kate asal ko tau sape ko..

Fateen Aqeela said...

Adaaaaam. You are beautiful, deep down somewhere :) Trust me. Dah dah. Biasalah kan first impression? Sebab aku pn once ingt kau garang. But then, when I get to know you, baruu aku tau. hihi. Senyum byk byk :D