Friday, December 24, 2010

2010

dunia punya hukum. setiap yang bermula pasti berakhir.setiap yang datang pasti akan pergi.tiada yang statik dalam dunia ini. hampir kesemuanya akan berubah beredar seiring dengan putaran dunia.

tahun dua kosong satu kosong juga makin tiba ke penghujungnya. banyak perkara yang pasti telah terjadi dalam hidup kau dan kau. ada yang indah. ada yang pedih. ada yang bahagia. ada yang derita. ada yang senang. ada yang susah.

bila kau renung semula memori yang telah bersemadi sebagai sejarah hidup kau, pasti ada dia antar kau yang tersenyum seorang diri tanpa disedari. ada juga tak air mata tiba-tiba mengalir tanpa di pinta. aku juga yang akan menepuk kepala diiringi dengan macam macam carutan itu ini. ada juga yang akan tergelak seorang diri secara tak semena-mena.

tersenyum kerana pelbagai memori yang indah berjaya dicipta.tersenyum juga mungkin kerana ada memori yang mencuit hati. mengalirnya air mata kerana mungkin terlampau pedih meori yang dimiliki atau terlampau menyayat hati hingga terasa syahdunya kenangan. kepala ditepuk seiring dengan kata maki hamun kerana terasa kesal dengan langkah yang tersilap. ketawa seorang siri seperti si gila kerana terfikirkan kebodohan diri yang mungkin memalukan.


namun walau macam mana pun kisah dua kosong satu kosong kau, tak perlulah kau terlampau kesal hingga putus asa untuk terus hidup. kisah kisah itu telah menjadi sejarah. kau tiada mesin pemutar masa untuk perbetulkan langkah kau yang dahulu.




dengan silapnya langkah kau itulah membuatkan kau lebih matang. dengan kepayahan yang kau tempuhi itulah yang membuatkan kau lebih kuat. hidup ini satu perjalanan. satu pengembaraan. satu pelajaran. untuk mencapai satu matlamat. mencari keredhaanNYA yang satu. ALLAH S.W.T

No comments: