Thursday, December 23, 2010

aku cuma lelaki biasa

aku bukan tuhan, aku punya cacat cela.
aku bukan malaikat, iman aku ada pasang surut.

aku bukan einstein, otak aku taklah geliga mana.
aku bukan hartawan, tak ada emas di mulut.

aku bukan sasterawan, aku tak reti berkarya.
aku bukan rupawan, muka aku ada parut.

aku bukan pahlawan, aku tak menang semua pertempuran.
aku bukan gagah perkasa, aku sering ditewaskan.

aku bukan si-sempurna, aku sering tersilap jalan.
aku bukan si-romeo, yang mampu buat kau tertawan.

aku bukan penglipur lara, yang mampu buat mereka tertawa.
aku bukan si-adorable, yang mampu buat mereka tersenyum ceria.

aku bukan seorang taiko, yang mampu melebarkan pengaruh.
aku bukan si singa, yang mampu membuat orang terdiam ternganga.


aku bukan siapa-siapa, aku cuma lelaki biasa,
yang masih belajar dan terus belajar.

aku tak punya apa-apa, aku cuma lelaki biasa.
aku tak minta diagungkan, kerana aku sedar aku hina.

aku bukan siapa-siapa, aku cuma lelaki biasa.
aku cuma ada Dia, yang Maha Esa.

aku tak perlukan harta kekayaan,
aku tak perlukan pengaruh perhatian,
aku cuma perlukan Dia,
itu sudah cukup bagiku.






p/s : mulut orang memang tak boleh ditutup,hati orang memang tak boleh dikawal.kau takkan mampu puaskan mulut dah hati semua orang.

No comments: