dia hero aku.walaupun dia tak bermaskot. tak bertopeng. pakai underwear di dalam. dia tetap hero aku. setiap kali aku rasa seperti hendak mengangkat bendera putih, aku buka dompet aku, aku tatap wajah dia, senyuman dan raut wajahnya pembakar semangat aku. dia lebih banyak rasa susah dari aku tapi dia masih lagi gagah mengukir senyuman untuk anak anak dia. aku punya susah ibarat seekor semut di pesisir pantai. susah dia lagi susah dari aku. tapi dia tetap cekal. memecah suasana kelam dengan lawaknya. persis matahari di siang hari persis bulan di malam hari. persis udara yang sentiasa ada buat manusia. begitulah pentingnya dia dalam hidup aku. dia tak minta apa apa dari aku. tak pernah. dia cuma mahu anak anaknya berjaya dan bahagia. maafkan adam abah. adam banyak buat salah. adam sedar.
HAPPY BIRTHDAY ABAH MAY GOD BLESS YOU
:D
3 comments:
LIKEEEEEE :')
peh terbaikkkk thumbs up bebeh!
cantik penulisan, :)
selamat hari lahir ayah adam, :)
Post a Comment