Sunday, February 13, 2011

all the best buddy :D

entri ini didedikasikan khas buat sahabat yang bernama Aiman Rosli. dulu kau pernah mintak aku ulis pasal kau kan?aku cakap bila kau nak fly nanti aku tulis. naah sekarang ni aku dah tulis untuk kau. sukaaaa man?hahahaha 

Dear aiman, *macam gay pulak dah.lantak laa haha

rasa macam semalam je aku kenal kau man. aku ingat lagi time kita mula mula kenal time dekat sekolah agama. darjah 2 kot. eh tak, kafa 2 eh. ke darjah 3?hahaha pape je laa. mana mana pun bole. haha. dulu main ting-ting sama-sama. main belon acah sama-sama.sampai koyak koyak seluar sekolah agama aku. haha main pepsi cola sama-sama. pastu kasut baru hari isnin dah kotor. 

bila masok alam sekolah menengah kita bukan setakat satu sekolah tapi siap sekelas lagi. rindu waktu pj petang petang main bola dengan kau :) dari form1 samapai la form3. walaupun kau berbaju biru pengawas yang sering salah guna kuasa pura pura meronda padahal tanak kena panas ime beratur aku tetap sayang kau man. walaupun kau selalu keluar rehat awal 5 minit sebab pengawas aku tetap sayang kau. aku cuma ketua kelas je. mana bole nak ronda ronda ni hahaha *saja melawak man.jangan marah aaaa :D

jodoh kita memang kuat ke apa aku pun tak tau. bila awal tahun form 4 kita pindah sekolah sama jugak. walaupun tak sekelas dan sebilik tapi kelas kita sebelah-menyebelah je.bilik pun samaa.sebelah sebelah je hahaha. 

ingat lagi duh time awal tahun form4.semua tanak pindah la apa laa. kau laa paling nekad kot tanak pindah. tapi last last kita pindah jugak. hahaha. dekat sekolah baru, kau memang hebat gilaa man. genius macam hapa aku pun tak tau laa nak cakap.padahal dulu time dekat johor kita fight fight je. tapi bila pergi saser rangking kau memang stok top10 jer selalu. aku selalu top jugak. tapi top 150 laa hahahaha. aku memang salute kau man.

*aku tahu kau sedih kena pindah sekolah.jauh dari diaaa. hahaha tapi aku respect kau sebab

"aku convert aku punya sedih itu pada nak belajar sungguh-sungguh banggakan parent aku"

aku ingat lagi ayat kau yg ni. ada satu malam sebelum tidur tu kau cakap kat aku. dan kau dah pun tunaikan kata-kata kau tu. masuk paper dapat 99.1% dalam SAM. pergghh. and esok kau dah nak fly. pergi australia.

apa apa pun man,

aku minta maaf untuk semua benda dari hujung rambut sampai hujung kaki.apa saja salah silap tingkah-laku, kasar kata-kata yang pernah aku lontarkan pada kau man. tapi percaya la tak pernah pun aku sengaja nak sakitkan hati kau. maafkan aku la man kalau sepanjang zaman sekolah sampai sekarang kalau aku ada buat kau tersinggung ke apa. 

dan soorry sebab tak dapat join farewell party kau hari itu.bukan apa. bukan aku tak ingat kau.bukan aku tak sayang kau ke apa.bukan sebab aku lupa membe man. aku cuma tak sanggup duh. tak sanggup bila fikir balek yang kau dah nak fly. dah jauhhh. walaupun sekarang pun memang kita dah jarang jumpa sejak masok kolej kan. tapi yang ni lain man. australiaa tu. jauh gila kot.

aku harap kau berjaya man jadi doktor pakar tulang. nanti bole la aku dapat treatment scoliosis free dengan straightkan balek jari aku yg senget sebab patah tu haha. boleh kan maan?aku tau kau baik.

cuma aku harap kat sana nanti, kau jangan hanyut man.tolong laa jangan duh.ingat tuhan selalu. aku tau kau baik. setiap kali kau rasa susah atau sedih atau alone kat sana, ingat tuhan man. inshaAllah segala-galanya okay :)

hahaha dalam banyak banyak gamba.aku saja amek yang ni. wahai orang awam sekalian.ni la dia aiman-rosli-yang-genius-baikhati-masok air-narcissist hahahaha 

sory man.saja amek upload yg nih.jangan maraaah aaaaa :D

*kalo otak kau jam time tgh study kat sana,letak je pen kau dekat dagu macam selalu kau buat tu.nnt konfem dah tak jam. trademark kau tu :D

4 comments:

Aiman Rosli said...

terharu dam aku baca haha
aku tak terasa la,aku pon nak mnx maaf kalo sakitkan ati kau or kecewakan pape. harap2 n doa supaya kau ok kat nottingham,gudluck lepas sem ni!!! trademark aku tu baru aku igt b4 trial sam haritu hahaha

Ridwan Ahmad Bukan Maskot/Pucong said...

Man je ke dam?ni 'wan' ni nak letak mana?man dah la gay :)

steinbeck makan roti bakar said...

haha.. sorang2 fly gie oversea..
kau bile lagi dam??

Izyana Jasmay said...

wooooooooi sedih doooo aku lak terharuuu HAHA. even bunyi gay sikit hehehehehhee ;p