Sunday, February 13, 2011

banyak lelaki,berapa jati?

kerap terperap dalam kekosongan membuatkan aku banyak berimaginasi.banyak berfikir.banyak berilusi.perkara ini biasa bagi aku.pelbagai benda tak tersangka sering aku bayangkan tiap kali  dan sendirian.bermain dengan seribu macam probabaliti itu ini.membuatkan kadang-kadang aku rasa seperti


dan semalam entah macam mana aku terfikir tentang alam ciptaan tuhan.

tuhan ciptakan alam bukan sekadar hiasan.aku tahu ramai yang tahu tentang itu.tapi aku nak juga tulis juga pasal benda ini.saja untuk memastikan blog hitam ini tak bersarang bersemut.dan untuk mengelakkan aku dari kaku untuk menaip. sekarang aku tengah praktis untuk menaip di keyboard tanpa memandang. stylo kot kalau dapat taip lelaju tanpa memandang langsung keyboard ini.aku ada seorang kawan yang taip lajunyaaaa macam hape lah.ternganga aku. hahaha

oh okay berhenti.aku dah mula merapu dan tersasar dari apa yang aku taipkan.okay mari sambung semula..

-------------------------------mood serius bahasa pun kodi----------------------------------------

terselit berjuta yang tersirat dalam setiap aturan alam yang diciptaNya. banyak perkara yang kita boleh contohi daripada alam. banyak aturan alam yang kita mampu kaitkan dengan kehidupan seharian.

yang paling common kau dan aku dengar ialah istilah

1. "kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari,Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,rupa-rupanya tuhan hendak memberi kita pelangi"

Matahari memang sudah menjadi tugasnya mencahayakan siang siang kita.Petir dan kilat memang banyak menyusahkan dan merencatkan rencana kita seharian. pelangi pula memang tak tersangkal lagi keindahannya. mungkin kau sedang memaki apa lah mamat ni merapu. budak tadika pun tahu lah benda ini.

aku pun tahu budak-budak yang hingusnya masih meleleh pun  tahu benda yang kita semua memang dah tahu ini. apa yang aku cuba nak utarakan ialah cuba kau buka minda, fikir dalam sikit, tenung lebih jauh sikit. sinaran mentari itu boleh diumpamakan sebagai kesenangan hidup yang kau kecapi. kesenangan itu pula terlalu umum. mari aku spesifikkan. kesenangan boleh kau umpamakan seperti berbini empat yang cantik solehah belaka. berkereta mahal. berbanglo besar. bergaji besar. menikmati kehidupan yang bahgia tiada derita.

petir dan kilang yang memang tak digemari itu pula boleh diumpamakan sebagai kepayahan hidup yang kau harungi. contoh yang spesifik seperti kehilangan orang tersayang. poket sentiasa sempit lagi kering. atau kertas exam yang sentiasa penuh dengan pangkah berwarna merah dan grade D E atau F.

pelangi pula yang indah itu boleh lah diumpamakan sebagai hikmah disebalik setiap kejadian yang terjadi.

dalam konteks aturan alam mula mula matahari(cuaca yang elok) kemudian datangnya petir dan kilat yang sabung-menyabung(cuaca yang tak elok tapi seronok untuk tidur) dan kemudian setelah petir dan kilat menghilang itu datang pula pelangi(memang cantik bagi aku tak tahu la bagi kau macam mana)

dalam konteks kehidupan pula mula mula hidup kau senang bahagia bersama orang-orang yang tersayang yang boleh disimbolikkan bagai mentari yang sedang garang memancarkan cahayanya. kemudian tiba-tiba kau kehilangan orang yang kau sayang.hidup kau tak lagi bahagia yang boleh lah disimbolikkan sebagai petir dan kilat yang sedang rancak bermaharajalela. kau sedih.kau merasa kehilangan. namun kemudian kehilangan itu digantikan dengan sesuatu yang lebih baik yang bole la disamakan dengan fenomena pelangi.

sukar mana pun

2. hidup perlu belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir.



Cuba anda fikir tentang air sungai yang mengalir. Airnya terus mengalir ke satu destinasi.Walau apa pun yang terjadi ia tetap menghala ke satu arah. Walau ada sebesar batu yang wujud di dihadapan air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berpatah semulaa. terus menerus mengalir walauapapun rintangan di hadapannya.
prinsip air sungai yang mengalir mengajar kita erti tidak putus asa. teruskan melangkah ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir. 
sekiranya anda sedang ditimpa kesusahan jangan sesekali melayangkan bendera putih. contohi air sungai itu. orang yang menempuh dugaan bertunjangkan kesabaran dan keredaan kepada Allah serta diselitkan dengan usaha yang gigih pasti mendapat ganjaran yang dihajatkan.tuhan itu maha adil. percayalah






You don't know what the future holds, but you know Who holds it.those who remain patient there is a good end :D

No comments: