Tuesday, May 17, 2011

nota buat diri sendiri

hidup ini umpama mimpi.

seorang pengemis bermimpi dia menjadi raja,segala kekayaan dan harta tunduk kepadanya.segala pujian dan pujaan menjadi miliknya.segala pengaruh dan kuasa dalam genggamannya. dia lalai leka dan hanyut. lalu bila sedar dari mimpinya dia tetap pengemis. namun jika dia bersyukur sentiasa mencari redha Allah maka dia lah yg paling beruntung menjadi si pengemis yg bergelar raja dalam realitinya.


seorang raja bermimpi dia menjadi pengemis. dia dianggap hina dan hodoh. sentiasa dicaci dimaki sepanjang hidupnya. kesusahan menjadi satu kebiasaan dalam hidupnya. kepedihan sebati dengan jiwanya. walaupun cacian makian kesusahan menjadi elemen hidupnya. dia tetap sabar, redha dan ikhlas, lalu bila dia sedar dari lenanya. dia tetap seorang raja. namun jika kepedihan dan kepayahan itu membuatkannya semakin lalai dan leka. dia lah yg paling rugi kerana menjadi seorang raja yg turun darjatnya menjadi pengemis dalam realitinya.


berbuat baiklah dengan Allah.sentiasa mengingatiNya sewaktu senang, maka waktu kita susah Dia akan mengingati kita.

berbuat baik dengan semua orang.orang bagi tahi balas sahaja dengan bunga yang harum mewangi.

jika Allah cepat memakbulkan doamu, itu tanda kasih sayangNya kepadamu.
jika Allah lambat memakbulkan doamu,itu tanda Allah sedang mengujimu.
jangan sesekali salah anggap, kerana Allah lebih mengetahui.