Wednesday, June 15, 2011

bila orang tanya kenapa aku senyum

setiap antara kita ada kisahnya yang tersendiri yang dibiar tak tertulis,tak terkata dan tak didengari.bukan sengaja tak diceritakan.mungkin tiada peluang untuk dikongsi atau mungkin terlalu complicated sampai tiada kata yang sesuai dijumpai untuk menjadi pembuka kata. 


berbuat baik lah kepada semua orang yang kita jumpa.mungkin ada antara mereka yang kasar kelakuannya. kejam mungkin.


tapi itu bukan tiket untuk kita juga bertindak kasar.jangan sesekali bersangka-buruk.kita tidak tahu apa yang sedang mereka alami.


mungkin pada pandangan mata kita, tidak ada apa-apa perkara yang meremukkan hati berlaku kepada mereka.mungkin pada pandangan mata kita mereka ini si kecik-kecik-tanak-mampos-dah-besar-menyusahkan-orang.


hakikatnya orang yang kejam biasanya silam dikejami oleh individu lain.atau mungkin mereka takut dilukai dan dikasari kerana itu mereka bersikap kejam.


kawan,


api kalau dilawan dengan api,sampai kiamat pun takkan reda. salah seorang antara kita perlu mengalah menjadi air.


berbuat baik lah dengan semua orang kerana kita mungkin tidak tahu apa yang mereka tahu.mungkin tidak pernah rasa apa yang mereka rasa.


jadi lah mentari


yang sanggup membakar dirinya demi memastikan dunia manusia ini cerah,
yang sanggup berapi kepanasan agar tumbuhan mendapat  keperluannya,
yang sanggup lecur tubuhnya agar bulan mengambang menawan di kala kegelapan malam.



No comments: