Sunday, June 12, 2011

i'm learning to be a good son this summer and of coz during my whole life.

setiap kali cuti panjang, ramailah kawan-kawan kita yang akan pulang ke tanah masing-masing untuk berjumpa ibu bapa kakak adik abang. melepaskan rindu yang lama terbuku kepada ahli keluarga masing-masing.

ada yang cutinya beberapa minggu.ada yang beberapa bulan.

bila cuti ada bermacam-macam senario yang berlaku. contohnya ada yang akan mengidam sindrom aku-bosan-gila-macam-nak-mati-ni

biasanya golong ini adalah golongan yang menjadi peladang tanam anggur yang berjaya.kalau nak dimudahkan ceritanya ialah makan-tidur-keluar-enjoy-balik-makan-tidur. haha

ada juga yang mula bekerja.tak kira la kerja profesional ke seperti intership misalanya atau pun kerja-kerja promoter,tukar masak etc.yang penting halal. bekerja untuk mencari wang.mencari pengalaman baru.mencari kenalan baru. membantu ahli keluarga meringankan beban yang digalas.

ada yang belajar itu ini untuk memperbaiki diri.belajar bahasa arab perancis dan macam lagi bahasa asing.ada yang sibuk belajar masak.belajar drive.macam-macam lah

cuti yang panjang ini banyak benda yang boleh dilakukan.

bagi aku cuti kali ini.aku nak duduk rumah aja.bukan aku malas nak kerja.aku dah pernah dah rasa macam mana susahnya nak dapatkan pekerjaan.aku dah pernah dah rasa macam mana susahnya nak dapatkan wang.

masa aku sibuk ke hulu ke hilir mencari kerja dulu lepas spm macam-macam senario aku alami.kena maki.kena sindir.ye lah.rambut panjang.pakaian pun macam hape.mana ada orang nak ambik kerja.ye dak?padan muka aku.siapa suruh bela rambut pakai tak smart smart.tak apa itu pengalaman yang boleh dijadikan tauladan.

apa-apa pun last last aku dapat juga kerja.jadi tukang masak dekat rasamas ayamas.terima kasih kepada brader guru memandu aku, abang wan.dia la yg tolong settingkan kerja ni utk aku.big bos tempat aku kerja tu membe dia.  time ni la aku baru sedar erti kata bukan-senang-nak-senang. penat nak cari duit.sampai berparut tangan aku.penat dia bukan fizikal aje.emosi pun boleh tahan juga teruji. kau kena telinga tebal(tahan segala maki hamun bos kau).ye lah kita kuli mereka bos.ye dak?

tengok dah melalut dah aku bebel.back to the topic.

cuti kali ini aku cuma nak luangkan masa sebaik mungkin dengan ahli keluarga.ye lah. dah dekat 3 tahun aku jarang ade dekat rumah ni.2 tahun dekat seremban makan tidur belajar dekat hostel. lepastu makan tidur belajar pula dekat semenyih hampir setahun.

macam-macam benda yang berlaku kt rumah ni aku tak tahu. bukannya aku tak contact parent sepanjang aku di tempat orang.aku selalu je contact. siap texting iloveyou mak iloveyou abah lagi.

maksud aku, adik aku yg bongsu yang tak reti main basikal dah pro dah main basikal.boleh kayuh tanpa perlu pegang pedal.siap bajet dgn aku lagi.adik lelaki aku yg lagi sorang suara dah macho.garau mengalahkan aku.tinggi nasib baik belum sama taraf dengan aku.maksud aku benda-benda yang macam itu lah. hahaha

cuti aku kali ini boleh la diibaratkan sebagai musim-tak-bersosial-sangat-dengan-masyarakat-sekeliling. 

kalau tak ada orang roger aku ajak buat itu ini, keluar ke sana ke mari, memang tak la aku keluar. kengkadang je aku akan keluar main futsal tengok wayang ke.sangat jarang laa.

ada yang bising.
apa barang dam duduk umah?
keluar la jom?
tak brader-brader ah
loser la sial.
boo la anak emak

dan macam-macam la lagi respons yang berbunyi agak negatif bagi si penerima.tak boleh salahkan kawan-kawan kita juga.bukan apa naluri lelaki ni mana reti duduk diam.mesti kena ke sana ke mari. malam pun dah macam siang bagi lelaki apatah lagi siangnya. haha

aku ada je main futsal selalu dengan membe membe.tengok wayang dengan membe membe. makan cendol pulutkokojagung dengan membe membe. bukannya aku terperap je dalam rumah 24/7.

tapi

entah lah.aku bukan tanak lepak huhahuha ke sana ke mari.

namun bila aku lepak dgn mereka-mereka.aku jadi senyap.tak banyak cakap macam dulu-dulu.aku lebih banyak gelak je sekali sekala untuk jaga hati kawan-kawan. 

itu pun ada yg kecik hati sebab dorang tengok aku macam dah tanak kawan dengan dorang. padahal aku tetap sayang kawan-kawan aku tak kira la siapa.cuma itu lah. aku tahu nak cakap apa.dan aku rasa tak ada benda sangat yang nak dibualkan.aku pun tak tahu kenapa dengan aku.makin membesar makin diam tak banyak cakap.pelik. sangat pelik. hahaha

sebab itu aku lagi selesa duduk rumah.kacau adik-adik.tolong emak aku kemas rumah jemur kain jadah tu semua. ya aku meman anak emak pun. tapi aku tak kesah la. siapa yang bawa kau ke hulu ke hilir dalam perut selama 9 bulan?yang cebok berak kencing kau masa kau lari bogel-bogel dulu? kawan-kawan ke? 

iya lah.bila lagi kita nak tabur bakti dekat mak ayah kita.ye dak?mungkin ada yang akan kata nanti-bila-aku-dah-kerja-besar-besar-gaji-pun-besar-besar-aku-tolong-la-mak-ayah-aku. 

and memang betul.ibu bapa cuma nak lihat anak-anak mereka berjaya.

tapi kau harus ingat

ibu bapa juga perlukan kasih-sayang dari anak-anaknya. orang tua ni bila makin tua mereka akan makin kebudak-budakan. itu lumrah.kau pun nanti bila tua kau akan alaminya.percayalah.

dan

kau yakin ke ibu bapa masih hidup lagi saat kau dah berpakain kemeja tie smart-smart naik kereta nissan-skyline dll tu?masih panjang ke umur mereka?kalau ya, alhamdulillah.bagus. kalau tidak?macam mana? ajal maut jodoh rezeki ni semua dalam tangan tuhan.bila-bila masa aja mereka boleh tarik.sekarang pun boleh.kejap lagi pun boleh.

memang lah. doa anak-anak yang soleh itu sampai kepada mak ayah kita yang dah disana.pahala yang kita niatkan untuk mereka akan sampai disana. 

tapi

kenapa mesti kau nak tunggu zaman mereka dah disana baru kau nak berbakti bagai sedangkan sekarang pun boleh kalau kau pandai cari masa dan cari peluang untuk mereka?. mereka tak perlukan sangat wang kekayaan kau tu semua. mereka cuma nak kau ingat mereka. mereka cuma mahukan perhatian dari kau dan kau.sedikit kasih sayang sudah cukup buat mereka.

nak berkasih sayang dekat ibu bapa ni bukannya susah. kau tolong ambilkan air kosong segelas untuk mereka time mereka penat balik kerja ke time tgh makan ke pun dah kira kasih sayang.berapa calorie la sangat yg kau perlukan utk angkat air segelas tu kan. susah ke?

memang betul kawan itu penting.tapi keluarga kau sendiri lagi penting.ini padangan aku.aku tak minta kau dan kau terima pandangan ini.aku cuma menyampaikan aja. terpulang la pada kawan-kawan nak mentafsirkannya.

aku tak kata lepak dengan membe tu buang masa.aku pun lepak je dengan membe membe selalu.tak salah nak lepak-lepak dengan membe.pandai-pandai la setting masa untuk kawan dan keluarga.supaya kita dapat pahala kerana menjaga hubungan antara sesama insan.


so here i am in this summer.duduk rumah luangkan masa bersama keluarga yang tersayang.

2 comments:

Unknown said...

ohhh adam :')
best post kau. :)

Acab said...

adam (y)