Tuesday, September 4, 2012

people often said that you only live once but hey wait a minute, it's not. it should be"you only live twice"

Assalamualaikum.

sebelum itu. aku harap kau yang sudi membaca, tolong buka minda dan ketepikan mind-set yang bersarang diminda itu. dan baca dengan hati terbuka. sekejap sahaja. tak lama. beberapa minit je. lepas ni kalau kau nak bersama dengan mind-set kau semula, sila kan. aku tak halang. aku tak paksa. aku tak kata ia salah. aku pun manusia biasa. tak sempurna. sentiasa ada silap. tak mampu lari dari tersilap.

frasa "you only live once" atau YOLO. satu frasa yang makin famous. aku tak tau dari mana asalnya frasa ini.  siapa penciptanya. aku kenal frasa ini melalui lagu the strokes - you only live once.

ok. ramai antara kita kadang-kadang tanpa disedari berpegang dengan frasa ini.

acap kali dalam situasi harian apabila bersama teman atau siapa saja, bila diajak melakukan sesuatu habit yang telah menjadi kebiasaan manusia hari ini, bila kau cuba menolak, si tukang pelawa itu berkata "come on la bro, hidup cuma sekali ! YOLO ! "

pernah hadapi situasi ini ?

mereka kata "if you don't do anything stupid, you'll have nothing to laugh about when you're old" .

sekilas pandang memang betul. kenangan yg lucu pada masa lampau membuatkan kita tersenyum sendirian satu hari nanti. tapi sejauh manakah anda mendefinasikan "stupid" dlm ayat itu ? adakah sampai tahap anda meminum arak ? bermain dengan perempuan ? atau sekadar terkencing dalam seluar ketika dalam kelas semasa darjah satu dulu ?

aku mahu kau cuba fikirkan perkara ini,

apabila kau melihat seseorang yang membaca Al-Quran ditempat awam seperti shopping mall atau dalam lrt, apakah reaksi engkau ? adakah "wah, alhamdulillah bagus dia ni" ? atau "pergh anak sapa la ni, sejuk perut mak dia mengandung" ? atau "poyo gila mamat ni, cam bagus je"  ? atau "poyonya, kalau pun baik takyah la nak menunjuk sangat" ?

kalau reaksi kita positif. alhamdulillah. tapi kalau negatif. kenapa sampai jadi begitu ? bukankah kita dan dia sama.

kau lupa siapa kau ? ya. siapa kau ? cuba jawab soalan itu ? apakah definisi kau untuk diri kau ? orang ? siapa orang itu ? malaysian ? malay ? anak si polan ? ya memamg betul itu.

tapi definisi sebenar kita ialah 'hamba kepada Allah'. siapa dia "hamba" itu ? dia ialah orang yang hidupnya perlu melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dah dilarang menurut syariat islam sejak azali.

dalam dunia hari ini, ramai antara kita yang beragama islam yang cuba menuding jari kepada barat, dalam soal rosaknya perangai anak muda islam kita hari ini. isu ini aku rasa kau pun dah lali dan bosan untuk menghadamnya.

tapi benarkah puncanya dari orang lain ? dari musuh islam itu ? dari freemason bak kata org ramai ?

bagi aku tak. bagi aku puncanya adalah kita sendiri. ya. kita. kau. aku. dia. mereka yang beragama islam itu sendiri.

mengapa ?

kerana silap kita tidak mendidik diri dengan islam itu sendiri.tidak mengkaji islam itu sendiri. orang yahudi dan nasrani pun mengkaji Al-Quran dengan mendalam. kita ? ada yang baca pun sekali sekala. apatah lagi nak mengkaji? kita tidak berusaha membangunkan ekonomi kita sendiri. tidak berusaha menjadikan diri kita berkualiti.

kau lihat orang barat itu. berapa ramai antara mereka yang berpengaruh ? yang ekonominya kukuh ? yang hasil kerjanya berkualiti ? yang penuh dengan ketinggian budi pekerti ?

tuhan telah berfirman dalam satu ayat kalau tak silap aku bunyinya seperti "takkan ku ubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubahnya"

saat org barat atau org freemason (bak kata kau) sibuk memajukan diri mereka sehingga mereka dihormati,
apa yang sedang kau lakukan ? suadara seagama kau membaca Al-Quran di tempat awam pun kau kutuk, macam mana islam nak maju bila kita sesama sendiri penuh dengan hasad dengki ? itu hanya satu contoh daripada berjuta contoh yang boleh kita jumpa kepada punca "kenapa islam itu nampak lemah sekarang, kenapa islam itu nampak asing pada pandangan orang sekarang".

bro sekalian,

islam itu sangat indah. satu solusi untuk manusia menjalani kehidupan. 

mungkin ada antara kita yang nampak islam itu sekadar pergi ke masjid. bersujud berdoa kepada Allah. berpuasa di bulan ramadhan.

islam sebenarnya lebih dari itu. kau membantu org buta melintas jalan itu pun sebahagian daripada islam. kau belajar bersungguh-sungguh demi Allah itu pun sebahagian daripada islam. kau bekerja dengan penuh dedikasi di jalan yang halal itu pun sebahagian daripada islam. kau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu kau itu pun sebahagian daripada islam. kau bertegur sapa dengan jiran dengan bersopan-santun itu pun sebahagian daripada islam.

aku mohon. mari lah kita luangkan masa. tak lama. cukuplah 10 minit daripada 24 jam yang kau ada. cuba google, cuba cari buku, atau cuba tanya ustaz/ustazah tentang "apakah islam : a way of life" atau "ad-deen" cuba dalami sikit-demi sikit.

berbalik kepada frasa YOLO. sepatutnya kita, yang dalam ic nya tertera agamanya islam berpegang kepada "you only live twice", YOLT.

bukankah kau sendiri tahu, dari kecil kita dah di ajar oleh ustaz/ustazah di sekolah bahawa ada kehidupan yang menanti kita selepas mati, sama ada di syurga atau pun di neraka. Allahu alam.

mati itu hanya satu koma daripada jalan kehidupan kita sebenarnya. namun ramai yang melihat "mati" itu sebagai penghujung segalanya. ibarat ia titik noktah terakhir. kita gagal melihat yang YOLO itu kurang tepat. mungkin kerana kita lupa yang kita ini hamba Allah yang beragama Islam.

bila kita gagal melihat YOLO itu kurang tepat, maka bila kita tidak berkesempatan melakukan perkara yang menjadi trend manusia sekarang, kita rasa rugi. walaupun kita sedar dalam islam sebenarnya trend itu salah, kita tetap rasa rugi, rasa seperti loser. trend yang aku katakan ini subjektif bukan sekadar kepada clubbing dan muzik. banyak lagi. luas lagi definisi trend ini. tak perlu aku hurai. kau semua ada akal untuk menghuraikannya.

kita beragama Islam wahai kawan. bukalah minda kita, celikkan lah mata kita supaya kita melihat kehidupan dari perspektif islam, dari perspektif seorang hamba Allah.

bila kita mampu melihatnya dari perspektif ini dengan penuh kesedaran, kita akan rasa senang untuk menjadi hambanNya. sentiasa.

aku minta tak sampai pun sepuluh minit masa kau. cuba digest video ini. :)

ps : bagi yang panas hati dengan statement muzik itu haram, chill. ada ulama kata musik itu tak haram selagi tidak melalaikan, selagi liriknya tidak merosakkan akidah. Allahu alam. aku taktau nak kata apa. aku pun bukannya ulama. ilmu agama aku pun cetek je.tapi aku sedang cuba berusaha menjadi hamba yang lebih baik. aku pun dengar juga muzik kadang-kadang. aku mohon maaf kalau kau rasa aku salah. aku cuma menulis apa yang aku rasa. yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.

biarlah di label sebagai manusia yang membosankan asalkan kita tidak main gila dengan tuhan.