Saturday, July 24, 2010

auta

sangat pelik bagaimana setiap perkenalan bermula dengan si hello dan berakhir dengan si goodbye. lebih pelik lagi bagaimana setiap pertemuan pasti ade perpisahan satu hari nanti, setiap permulaan juga ade penamatnya. namun ape yang lebih pelik ialah setiap penamat akan bermula dengan permulaan yang baru dan setiap perpisahan akan mewujudkan suatu pertemuan yang baru.


sangat pedih apabila kau jatuh cinta namun cinta kau tak berbalas. namun lebih pedih rasanya jika kau cintakan seseorang namun tiada keberanian untuk meluahkannya. bertambah pedih lagi apabila kau hanya mampu melihat si dia dari jauh gembira bersama orang lain. namun apa yang lebih pedih lagi memeritkan sekiranya kau mengetahui bahawa dia juga mempunyai perasaan terhadap kau setelah dia tiada.



sangat mengecewakan kerana manusia sering berubah. hari ni kau lain, esok kau lain. hari ni kau biasa saje, esok kau luar biasa. hari ni kau peramah, esok kau sombong. hari ni kau zuhud, esok kau setan. sangat mengecewakan juga apabila melihat kawan boleh berubah menjadi lawan. lebih mengecewakan lagi apabila kawan karib kau sendiri yang menjadi musuh.



p/s : entah pape pape je aku merapu. saje nak update blog. ok tu je

6 comments:

. said...

macam biasa dam,aku suka hasil tulisan kau.2 thumbs up!

Nurul Izyana said...

Hahahaha best duh!

ASHIKIN ZAINAL said...

OHMY, aku tak tau apsl aku sedih :((((

Anonymous said...

dah cube tp x dpt masok la bro...
dlm sngt..

Unknown said...

itu lah manusia...species kite yg mudah lupe~

dyna said...

nice..