Friday, December 17, 2010

rasa hati#4 : buat emak tersayang

        hari ini mak dah pun berusia 45 tahun,
syukur, mak masih panjang umur,
seumur hidup adam,
mak orang yang paling tabah yang pernah adam jumpa,
orang yang paling penyayang yang pernah adam ada.

dari kecil sampailah umur adam 18,
mak sering sabar dengan karenah adam,
nakalnya adam, 
degilnya adam,
celanya adam, 
mak tak pernah putus asa didik adam,
beri kasih sayang yang tak pernah henti.

walaupun adam banyak buat mak marah,
walaupun adam banyak buat mak sakit hati,
mak tak pernah henti beri kasih sayang,
kalau orang lain mesti dah campak adam dekat tepi longkang,
tapi mak tak.
adam tahu mak takkan buat.
adam tahu kasih sayang mak  terhadap adam sangat kuat.

walaupun adam selalu buat mak marah,
selalu buat mak sakit hati,
tapi percayalah,
tak ada niat adam nak buat mak marah apatah lagi sakit hati.

adam cuma remaja biasa,
sering tewas pada perkara sia-sia,
bazir wang sini,bazir wang sana,
buang masa sini, buang masa sana,

adam tahu mak harap adam jadi anak yang soleh,
adam tahu mak harap adam jadi orang yang baik,
adam tahu mak harap adam jadi orang yang berguna,
adam tahu adam harapan mak,keluarga.

tapi adam dah mula insaf mak,
adam dalam proses perubahan,
sikit demi sikit,
inshaAllah, adam akan cuba,
menjadikan harapan mak itu realiti.

mak,
walaupun adam tak pernah kata,
mungkin pernah, tapi jarang,
'adam sayang mak' ,
'i love you mom' ,
walaupun adam jarang tunjuk depan mak,
tapi
hakikatnya,
mak lah satu satunya perempuan yang adam sayang,
sepenuh hati, mak.



HAPPY BIRTHDAY TO ZAKIAH BINTI ABDULLAH. THANKS FOR BEING BORN INTO THIS WORLD. I LOVE YOU MOM.

3 comments:

Lydia Amalina Faridan said...

Ibu <3 adalah insan terbaik kita. Semoga Allah panjangkan umur mereka :)
Amin.

Izyana Jasmay said...

mak aih sajak kau , nangis aku bace doh :') best best best. buat sendiri an? gile dam kau jadi penulis novel je ah hehe

AthirahSkinny said...

Nak menangis boleh.