aku tak tahu kenapa
hari itu ligat bermain difikiran
hari itu sering mencuit hati kecil ini
tentang hari itu
hari yang akan mengubah dunia
hari yang menandakan
esok takkan sama lagi seperti semalam
hari dimana si matahari itu akan pergi
meninggalkan apa yang ada di sini
siang-siangku akan suram kelam sepi tak bercahaya
apatah lagi malam malamku
aku harap ia takkan datang
aku harap ia pergi jauh
aku harap ia takkan menjelma\
tapi firasat ini berkata
hari itu pasti tiba
akan tiba juga
apa yang aku pinta
kuatkanlah aku untuk menghadapi hari itu
gagahkanlah aku untuk mengharungi hari hari selepas hari itu
tabahkan hati hambamu ini wahai tuhan
kerna aku percaya dengan setiap ketentuanMu
ada hikmah disebalik setiap aturanMu
apa yang aku pinta
kurniakanlah apa yang terbaik untuknya
peliharalah dirinya
peliharalah akhlaknya
peliharalah kehormatannya
cuma itu yang aku pinta dariMu ya Allah
No comments:
Post a Comment