Friday, December 10, 2010

rasa hati#3

sebelum jari jemari menari, aku nak menjerit dulu ok.


AHHHHHHHHH! haha

jangan salah faham.bukan aku menjerit kekesalan. aku menjerit sebab rasa sangat bersyukur. pelik?*peduli apa den haha

ALHAMDULILLAH. aku masih bernyawa.
ALHAMDULILLAH. aku masih mampu menatap wajah emak dan abah.
ALHAMDULILLAH. aku masih mampu bangun berdiri berlari hari ni.
ALHAMDULILLAH. aku masih mampu menghirup udara menikmati keindahan alam.

aku tak tahu kenapa.kadang-kadang aku rasa tenang sangat.kadang-kadang serabut gila. ada hari aku rasa happy tenang.ada hari aku rasa macam nak bunuh orang. astargfirullahalazim.

orang kata "setiap benda yg berkarat itu ada pengilatnya, dan bagi hati manusia yg bernama muslim itu pula,pengilatnya ialah dengan mendekatkan diri pada ALLAH S.A.W"


berkata tentang hari ini pula.aku berada dalam mood yang gembira mungkin.tak tahu kenapa.tapi aku rasa gembira. alhamdulillah. rasa semuanya menjadi. semua menceriakan hati. haha

hiduplah seperti hari ini hari terakhir kamu.nikmatilah detik detik sekarang yakni saat ini dengan sebaik mungkin. jangan biarkan perkara hari yang sudah sudah menjadi peneman hari ini.dan jangan pula terlampau memikirkan masa depan yang belum pasti. hari yang sudah sudah itu cukuplah sekadar direnung sebagai pengajaran untuk mencapai kehidupan dengan lebik baik pada hari ini demi mencipta kegemilangan pada masa hadapan.

sejak akhir akhir ini aku lebih banyak meluahkan perasaan berbanding menulis. mungkin sebab asyik busy dengan study. semuanya sampah. aku tahu. tapi ini blog aku. so suka hati perut aku lah kan hahaha aku bukan A.Samad Said atau pun Shakespeare. aku hanya insan biasa yg tak berapa nak kreatif sangat. biase biase je HAHAHA


"i've said this in my blog, but, again, wanita adalah ujian terbesar dunia. so bersyukurlah ur heart belum terbuka to have a gf. sbb iman akan dicabar sgt2 bila hati dah mula syg.
ur in d right track. meraih redha Allah. itu yg penting.
you're not a loner. you have Him, the Almighty." (:

thanks to asyiqah hamdan untuk kritikan yg sangat membantu.saya sangatlah setuju dengan kritikan anda lagi lagi part yang merah itu

dan terima kasih juga kepada sesiapa saja sering melawat blog serba hitam dan memberi kritikan masing masing.
hanya tuhan saja yang tahu betapa aku menghargai kalian semua (:

dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 buat semua umat islam.

No comments: