Saturday, December 4, 2010

rasa hati

manusia.ciptaan Allah yang paling indah.paling kompleks.kerana manusia itu khalifahNya di bumi ini.kompleksnya manusia itu kerana mereka sentiasa berubah.mereka yang bernama manusia tiada yang statik.setiap detik setiap saat setiap waktu manusia akan berubah.sama ada secara mendadak mahu pun perlahan lahan.manusia akan berubah.

begitu juga soal iman. ada pepatah mengatakan iman itu ibarat air pantai.ade masanya ia pasang ada masanya ia surut.ada juga yang mengatakan iman itu ibarat yoyo.ada masanya tinggi di atas.dan kemudian menjunam kebawah.namun satu perkara yang pasti adalah iman itu tak dapat diwarisi.tak dapat dijual-beli.

kerana itu jangan kau terkejut bila melihat bapa yang alim warak zuhud mempunyai anak yang berlawanan perwatakannya. aku tak mahu samakan mereka itu dengan setan.'setan' itu terlalu kasar perkataannya bagi aku.

sudah menjadi lumrah mereka yang bernama manusia itu hanya mencariNya yang MAHA ESA hanya ketika susah. ketika hati dalam kegelisahan keresahan kesedihan. bila hati dilanda kegembiraan dipenuhi kesenangan manusia jadi alpa. leka. lalai. lupa pada tanggunjawab masing masing. lupa pada Allah. bila nikmat itu datang berduyun-duyun mereka berada di awang- awangan.sinar mentari yang bersirna itu mengabui mata hati. lupa diri. bila diuji dengan kesusahan, bila sirna itu lenyap,kegelapan datang menyelubungi, baru lah mata hati itu celik. baru lah terkial-kial merangkak mencari sinar cahaya.

itulah kita.MANUSIA.

ada yang mungkin kata aku poyo.taip sebegini walhal aku ni pun sama.tak lah zuhud mane pun. ya.aku sedar.

aku juga manusia.aku juga tak sempurna.ada cacat celanya.iman aku ada pasang dan surutnya. aku juga tak pernah terlepas dari dosa.banyak dosa.memang aku pun tak sesuci kain yang putih berseri.ada ketika aku rajin melaksanakan apa yang patut dilaksana.ada kalanya aku leka lalai. aku sedar itu. aku cuba perbaiki diri.

No comments: