Tuesday, December 7, 2010

rasa hati#2

hari ini bila aku lepak dengan kawan kawan lama secara tak sengaja aku termenung. bukan apa. kawan kawan aku sekarang semua dah lain. masing masing dah berbunga. dalam hati ada taman kata orang. yang dulu macam singa pun bila walkietalkie berdering terus lembut suara senyum tersipu-sipu sampai ke telinga. tersengih sorang sorang setiap kali ada mesej yang masok. sampaikan satu tahap aku sorang yang lost. akhirnya aku pun terpakse la borak dengan cendol pulutkokojagung.

situasi ini tak berhenti di situ saja. bila waktu main futsal pun sama. ade yang siap pegang handphone sambil menggelecek bola. tu bole tahan lagi. ade sorang membe aku ni sempat lagi bergayot dengan buah hatinya waktu tengah menjaga goal. bila tamat main futsal semua anak mata tepat pandangannya di skrin handphone masing masing. jari jemari pantas menari mengarang karangan untuk buah hati. dan sekali lagi aku pula yang terduduk termenung sambil berborak dengan bola futsal.

tak apalah. aku tak kesah. asalkan membe membe aku bahagia. aku ok je. aku paham. lumrah manusia ingin rasa disayangi dicintai. 

"kau ape cer dam sekarang?takkan takde awek kot kat semenyih?nottingham kot. mesti ah bersepah awek awek hot." tiba tiba aku tersentak dengan soalan yang ditujukan.

"takde" tu je la yang mampu terpacul dari mulut aku.

"kau memilih sangat dam. kalau kau tak berubah sampai tua kau tak kawen nanti dam" haziq mencelah.

"alah puan zakiah ade. dia bole carikan untuk aku.ape ade hal." spontan je ayat tu keluar dari mulut aku. haha

dalam banyak banyak membe aku, haziq ni sorang je yang betul betul sekapala dengan aku. kata kata dia memang betul. aku memang sangat tersangat la amat memilih.bukan aku tak laku.ade je perempuan perempuan yang menaruh hati dekat aku masa zaman sekolah dulu.tapi aku pula yang tak berminat. hahaha bukan aku nak berlagak.tapi ini fakta. hahaha aku tahu poyo. biarlah.ni blog aku.bukan blog kau.kalau tak suka sila berambos.aku takde rugi apa apa la sohai.

bukan aku yang jual mahal. tapi entahlah. perasaan ni bukannya boleh dipaksa-paksa. ia sesuatu yang wujud tanpa kau pinta dalam hati kau. bagi aku, tipu la kalau aku kata hidup single ni bahagia. kadang-kadang pun kau akan rasa seperti loner juga.sudah menjadi fitrah manusia ingin disayangi dikasihi dicintai oleh jantina yg berlawanan.

 tapi takpe. aku jenis yang tak kesah. satu masa nanti ada la tu kot girlfriend. kalau takde pun takpe. satu hari nanti aku akan kawen jugak.insyaAllah hahaha 

Seperti sebuah kenderaan yang digunakan untuk mencapai satu destinasi tujuan. Kenderaan itu hanyalah berfungsi sebagai alat untuk mempermudahkan manusia mencapai tempat yang dituju. Sedangkan tanpa alat itupun, matlamat masih dapat dicapai melalui pelbagai cara atau kaedah yang lain. Maka, alat tetap alat, bukannya matlamat. Cinta itu jua hakikatnya alat. Alat untuk mencapai matlamat. Dan sesungguhnya, matlamat seseorang muslim itu seharusnya tidak lain untuk berjaya meraih redhaNya. Itu sahaja.

"Cinta yang suci itu adalah... apabila kita cinta seseorang itu, dan kita mahu bersama-sama dengannya menembus ke syurga. Sama-sama dalam keredhaanNya."

aku petik ayat ayat ni dari sebuah artikel

11 comments:

balqish said...

=))

Idayu Yusof said...

adam,nak nangis. haha

Asyiqah Hamdan said...

i've said this in my blog, but, again, wanita adalah ujian terbesar dunia. so bersyukurlah ur heart belum terbuka to have a gf. sbb iman akan dicabar sgt2 bila hati dah mula syg.

ur in d right track. meraih redha Allah. itu yg penting.

you're not a loner. you have Him, the Almighty. (:

syamsulfitri said...

:)
adam

AthirahSkinny said...

:)

hariz said...

nice one~

zahidah said...

:)
Seek Allah's love before you find His servant's. InsyaAllah.

Super like the entry.

Norisah said...

betul tu
setuju sangat
kekalkan...
Insya Allah bahagia dunia akhirat

Lydia Amalina Faridan said...

:)

fath kasim said...

kalau dah jumpa seseorang yang kita rasa terbaik untuk kita ,
berdoalah moga dia adalah jodoh kita .
andai kata dia bukan jodoh yg ALLAH tetapkan untuk kita .
percayalah ALLAH telah tetapkan jodoh yg lebih baik untuk kita .
sesungguhnya ALLAH telah merancang yg terbaik utk kita :)

ribena_fira said...

takpe adam, aku pun tak pernah ade bf. sep sikit! haha ;)