Friday, February 4, 2011

dimanakah pelangi

januari 2010.
secara sahnya aku bebas daripada peraturan-peraturan sekolah. tiada lagi tie. tiada lagi kasut kulit hitam. tiada lagi seluar slack.tiada lagi kerja itu kerja ini. tiada lagi prep malam. waktu ini aku bermain dengan gear 1 2 3 4 5 dan R. belajar press minyak clutch break haha. dan juga menjadi surirumah wow.

februari2010
sweet18 lah. kali pertama rasa duit sendiri. menjadi tukang masak di rasamas ayamas. dekat sini la aku belajar masak itu masak ini.belajar nama nama sayur.capsicum la gauliflower lah.macam macam. belajar kupas kulit halia.ni kerja paling susah bagi aku dekat dapur tu. haha sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya. 

mac2010
masih lagi bergelar tukang masa separuh masa. dan bulan itu juga aku mengangkat bendera putih kepada bos aku. letihnya kerja dekat fastfood ni tuhan saja yang tahu. aku nasihatkan kepada mereka yang baru lepas spm. yang baru nak jadi brader brader haha jangan lah gatal gatal nak kerja dekat fastfood kalau lu lembik. walaupun kerja dekat situ banyak kerah keringat sampai tangan aku berparut tapi aku tak kesah. aku banyak belajar. kata orang belajar erti kehidupan. belajar rasa bersyukur. belajar cara berkomunikasi dengan orang orang besar. belajar ambil hati pelanggan. macam macam lagi lah yang tak tertulis dalam mana mana buku buk teks di sekolah.

april2010
kali ini aku bergelar surirumah keluarga encik ebi shahrin sepenuh masa. segala hal ehwal bibik bibik ni aku yang uruskan. basuh baju.sapu lantai. mop lantai.jemur kain lipat kain. basuh pinggan mangkuk. gosok baju sekolah adik adik. macam macam lah. nasib baik la ada mesin basuh. kalau tidak tak payah pergi gym pun dah bole berotot muscle den ni haha. nasib baik la ada manusia yang cipta seterika. kalau tidak jenuh juga aku nak straight kan baju baju sekolah adik adik aku ni haha

mei2010
ramai kawan kawan dah mula secara rasminya bergelar mahasiswa mahasiswi. masing masing sibuk tukar profile picture dekat facebook masing masing. gambar berkemeja la. berbaju kurung la. yang tak boleh belah sekali sampai pakai baju lab coat dekat makmal pun nak upload. haha. aku masih lagi di rumah menjadi bibik. aku dapat tawaran ke UM dan matrik banting. tapi aku tak pergi. sebab aku dapat tawaran daripada #$%^ melanjutkan peljaran di #$%^^&** di sebuah ladang sawet di Semenyih. 

jun2010
mula mempersiapkan diri untuk menempuh alam universiti. semangat gila time ni. berpeluang ke oversea bak kata orang. aku dah pasang azam masuk universiti tu nanti aku nak jadi nerd. belajar rajin serajinnya. dan up up and away. fly la senang cerita.

julai2010
bulan yang boleh dikatakan sebagai amat mengecewakan. pada hari pendaftaran, aku menghadiri taklimat yang diberikan oleh pegawai pihak @#$%^&. rupanya aku tak fly. senang cerita. waktu degree pun dekat universiti itu jugak lah. wow. macam orang putus cinta rasanya aku waktu ni. walaupun aku tak pernah rasa putus cinta tu macam mana. tapi macam tu la ape yang kau rasa haha sebab tu aku tak pernah senyum dekat campus itu. pernah kot tapi jarang la. aku bukan aku dekat situ.

ogos2010
azam aku untuk jadi nerd hanya tinggal azam dalam buku kecil aku. aku banyak main.tak belajar pun. tutorial pun buat bila nak exam je. buang masa sana buang masa sini.

september2010
sem pertama pun berakhir. result aku pun teruk. sesuai lah dengan aku yang asyik main je.aku tak menepati markah yang ditetapkan oleh pihak penaja. para scholar yang lain semuanya lepas. aku sorang je kot yang tak lepas.padan muka saya lah haha

oktober2010
sem baru bermula. aku mula rapat dengan kawan kawan baru. mula kenal muka muka baru.aku mula sukakan tempat itu. aku mula sayangkan tempat itu.banyak memoris.aku mula jadi rajin sikit lah. haha

november2010
mula rajin sedikit daripada sem pertama.agak selalu la aku lepak library. namun markah markah test aku tetap teruk juga.tak apa lah.tak ada rezeki namanya. ceh padahal tak bersungguh-sungguh.aku dalam situasi yang stress dengan 90. tak paham?tak apa.abaikan

disember2010
study week.kalau dulu aku nak sangat pergi oversea. sekarang tu tak dah tak penting bagi aku.apa yang penting sekarang, aku dapat teruskan kekal belajar hingga menggenggam segulung ijazah atau pun degree bak kata orang englaish.aku tak tahu kenapa orang boleh score gila gila tapi aku masih tekapai-kapai. bukan aku tak cuba. bukan aku tak usaha. tapi entahlah. susah betul untuk aku cecah markah yang sedap sedap tu. mungkin aku belum cukup usaha lagi. apa yang aku harapkan untuk sem ini. tolonglah ya Allah. tak dapat fly pun tak apa. asalkan aku dapat terus belajar di sini sehingga tamat degree nanti. kalau aku tak lepas ni. ya Allah hanya kau saja yang tahu. aku dah tak mahu susahkan ibu bapa aku. cukuplah segala gurisan dihati mereka yang berpunca dari aku. serius aku dah tak sanggup nak susahkan mereka.

ini coretan kosong yang membosankan oleh si adam yang telah cukup bosan dengan perasaan bosan. terima kasih kepada sesiapa yang berjaya membaca sampai habis. tahniah 
saya nak pergi pantai boleh?

7 comments:

Anas Saifuddin said...

aku baca sampai abes kot.tahniah.ahaha

ASHIKIN ZAINAL said...

adam, good luck. Aku dulu pun macam kau rasa nak bunuh diri sebab tak dapat law. Tapi entah, bukan rezeki kot. So, after masuk matriks. Then, upu fasa 1 pun dah isi. AKU BERAZAM NAK BUAT ACCOUNTING OR MAYBE YANG SEWAKTU DENGANNYA. GOOD LUCK ADAM ! Study rajin-rajin :)

AFR said...

good luck adam!

Asyiqah Hamdan said...

woahh. u rly remember the things you do huh? good then. and no worries, for everything that happens, there's a damn good reason behind it, so, dont give up and just keep doing it better. (:

Nurul Izyana said...

belaja brek clutch sume dengan abang iwan pastuh abang iwan kate kau pijak brek mcm pijak pale orang HAHA

Acab said...

aku baca sampai habis adam.lepak ar dam ak pun mcm tu jgak. mungkin belum rezeki kita dam.

najlaa zaid said...

baca sampai habis :D