Thursday, August 11, 2011

turning tables

Seorang budak perempuan berusia 16 tahun berpimpin tangan dengan anaknya yg berusia 1 tahun dikatakan 'sundal'. hakikatnya tiada siapa tahu dia dirogol ketika usianya 15 tahun.

Seorang budak yg ke hulu ke hilir meminta sedekah dgn menjual kad potongan ayat al quran diherdik 'penipu' dan dihina oleh orang awam. hakikatnya tiada siapa tahu bahawa mereka itu mangsa sindiket manusia yg menjadikan anak anak tidak berdosa ini sebagai alat mencari wang.

Manusia mencaci seorang laki sebagai 'si gumok'. hakikatnya tiada siapa tahu si laki itu mengalami penyakit yg tidak pernah dipintanya sendiri yg menyebabkan kegemukannya.

Si polan didihina dikeji kerana kulitnya yg menggelikan mata yang memandang. hakikatnya tiada siapa tahu si polan itu terkena penyakit tersebut semasa sibuk mengutip sampah memastikan kawasan perumahan kita bersih tanpa bau busuk dan ulat ulat sampah.

manusia tipikal stereotaip.
buruk sangka itu buruk.
buruk sangka itu penyakit.

nilai dulu sebelum bicara.