Thursday, September 15, 2011

ineffable

dunia berputar. manusia sentiasa bergerak, berjalan, berlari. hari demi hari dunia makin berubah. suasana berubah. manusia juga berubah.

yang kecil tak gergigi kini dan pandai makan mcd. yang hingus-meleleh-di-hidung sudah segak tampan. yang dulu hidup-sekangkang-kera kini bermercedes-berbanglo. si polan yang dulu stranger kini menjadi sahabat. sahabat yang dulu akrab kini kian hilang.

semua membawa haluan masing-masing. ada ke yang gurun ada yang ke salji.ada yang ke utara selatan timur barat. merata-rata.

aku juga membawa haluan sendiri.

namun satu fakta yang menarik adalah tak kira kemana pun kita pergi tinggi mana pun darjat kita dapat akhirnya semua pulang kepada keluarga masing-masing.

senarionya lebih kurang serupa untuk kita semua. pada waktu muda kita memberontak. kita merasakan kita terkongkong. rasa kita mampu terbang dengan sayap sendiri walaupun kita sebenarnya belum mampu lagi. ibubapa seperti musuh. semua orang dirasa seperti pihak lawan.

namun semakin kita membesar menelan realiti kehidupan. membesar keluar dari kepompong 'prejudis' fikiran kita masa muda itu, kita akan kembali kepada mereka - keluarga. kerana itu saja yang tinggal akhirnya buat kita. ia satu fasa yanag normal.

tak kira la berapa puluh kali kau keluar dari rumah itu, dalam gembira atau sedih dalam selesa atau papa akhirnya kau kembali juga. kadang kita perlu. kadang kita mahu tapi kita tak mahu mengaku.

ada satu ketika kita bua jadikan teman atau kawan sebagai pengganti keluarga. ya, memang tiada rasa janggal yang wujud. semuanya sekepala. rasa seperti heaven.

namun realitinya ia takkan lama. satu per satu pasti hilang dengan haluan sendiri. akhirnya 'keluarga' itu pupus juga.

yang tinggal hanyalah keluarga kandung.