Sunday, July 8, 2012

solusi itu lebih penting daripada membuktikan siapa benar siapa salah. apa yang benar itu lebih penting daripada siapa yang benar.

aku cuba bayangkan.


apabila kita dapat menerima hakikat yang manusia itu tidak sempurna, sentiasa ada cacat-cela, pastinya kemaafan sesama kita sentiasa ada. marah tidak akan wujud. hasad dengki akan terhapus. kasih dan sayang sentiasa tersemai antara kita.


namun hakikatnya kita 'manusia' sudah tentu ada 'cacat celanya' . handal mana pun kita, jaguh mana pun kita, bijak mana pun kita, takkan kemana dan kita takkan mampu. tak akan mampu menjadi sempurna.


kita akan sentiasa tersilap. tersilap kata, tersilap langkah, tersilap menilai, tersilap itu, tersilap ini.


kita akan sentiasa mewujudkan kemarahan. kita akan sentiasa mewujudkan kebencian. menjadi baik itu pun akan ada yang membenci. apatah lagi menjadi lawan kepada baik itu.


namun cuba lah menjadi baik. cuba lah menjengah ke alam kebaikan itu. jangan pernah segan. kerana kita tak akan tahu bila kita akan bersalam dengan alam kematian.


biarkan apa orang kata. biarkan kita dicaci. terima saja hunusan kata-kata makian itu. yang menilai keikhlasan, kebaikan, dan kejahatan seseorang itu ramai.


tapi,


yang menilai syurga atau neraka untuk kita hanya ada satu. Allah.


penilai yang satu itu lah yang penting. yang harus kita hiraukan. yang harus kita semakkan dalam hati dan kepala. tak. bukan harus. tapi wajib. :)


kadang-kadang kita akan terasa diri keseorangan bila cuba jadi baik. kita dianggap pelik oleh orang sekeliling mungkin?


walaupun hanya kita yang berjalan di lorong itu, tak semestinya kita berjalan di lorong yang salah. walaupun ramai yang berjalan di lorong satu lagi, tak bermakna lorong yang dihujani ramai itu lorong yang betul.


jangan takut untuk berdiri sendirian. jangan segan. kerana kita tak akan pernah sendirian sebenarnya. Allah itu sentiasa ada.


namun itu tak bermakna aku kata untuk jadi baik kau harus lupakan kawan. lupakan dunia.


tak, apa yang aku cuba sampaikan ialah kadang-kadang kau perlu pilih di antara apa yang betul atau apa yang mudah.


memang mudah untuk bersama-sama di lorong yang ramai itu, melakukan sesuatu yang salah. sangat sukar untuk berjalan di lorong sepi itu. kerana majority always win in this world over the minority.


kerana majoriti yang melakukannya, sesuatu yang salah itu kelihatan seperti sesuatu yang betul dan perkara biasa. namun apabila minoriti melakukan sesuatu yang betul, ia dianggap salah dan pelik. nampak permainannya ?


prejudis , diskriminasi , rakus dengan itu ini sentiasa terjadi. kerana kita manusia. manusia itu punya cacat cela. 


perkataan sempurna itu hanya sesuai untuk sesuatu yang benar benar sempurna. tanya diri anda. apakah yang ia ? ibu bapa anda ? bro bro anda ? buah hati anda ? anda nilai sendiri. saya tak perlu dan tak akan pengaruhi anda. soalan ini subjektif. minda manusia juga subjektif. lain kepala, lain pendapatnya.


jawapan saya, Allah.


...............................................................


apa yang aku bayangkan ini tidak mustahil, namun imaginasi aku ini sukar untuk diterima. 


marah. benci. menyampah. dan berbagai negativiti yang lain akan sentiasa wujud. kerana kita manusia. manusia yang tidak sempurna. 


saya juga punya cela.  tak sempurna.

2 comments:

. said...

:D

adam said...

mohon saudara sam membuka semula tujuhgenerasinya